Nur

Dah Biasa Setiap Hari Tidur Berbogel, Ini Hukumnya Mengikut Syariat Islam

3
SHARES
HUKUM TIDUR BOGEL

Sesetengah orang lebih gemar tidur bogel kerana sudah biasa dan beranggapan lebih selesa. Walau bagaimanapun, sebelum melakukan perkara itu anda perlulah cakna mengenai hukum tidur bogel. Adakah ia dibolehkan atau sebaliknya?

Tidur berbogel bermaksud tiada sehelai kain dan ini bermakna aurat akan mudah terdedah tanpa sebarang sekatan yang mampu melindungi tubuhnya.

Baca juga: Hukum Pakaian Terkena Air Mazi Yang Kering Dibawa Bersolat, Boleh Ke?

HUKUM TIDUR BOGEL

Menerusi penjelasan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus ketika ceramah, hukum bertelanjang seorang diri tanpa ada orang di rumah adalah makruh. Sekiranya anda tidur dalam keadaan bogel berseorangan, tidak menjadi sebarang masalah.

Allah SWT menerusi Surah al-A’raf ayat 26:

يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَٰرِى سَوْءَٰتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Maksudnya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

Ini bermakna tidur tanpa pakaian boleh dikategorikan sebagai haram sekiranya menyebabkan auratnya dilihat oleh orang lain yang bukan mahramnya. Namun jika tidak, maka tidak ada larangan baginya.

Walau bagaimanapun, sebahagian ulama berpendapat hukumnya adalah makruh bagi seorang Muslim jika tidur tanpa pakaian atau sehelai kain.

Terdapat juga soalan mengenai tidur bogel bersama suami isteri, hukumnya adalah dibolehkan dan tiada masalah kerana ia mampu mengeratkan lagi cinta dan ikatan yang dibina.

Kesimpulannya, tiada sebarang masalah untuk tidur dalam keadaan bogel namun perlu juga menitikberatkan hal-hal yang tidak dijangka seperti berlaku kebakaran dan sebagainya.

Ada baiknya jika tidur berpakaian lengkap kerana ia juga boleh mengelakkan dir daripada terkena gangguan jin dan syaitan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.

Baca juga: Ramai Yang Dah Buat Tapi Sebenarnya Ini Hukum Telan Air Mani Suami

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus & Kumparan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×