Nur

[VIDEO] Haram Cerita Tentang Aurat Kawan Perempuan Dekat Suami

13
SHARES

Bila berbicara mengenai aurat, pasti dalam kalangan kita sudah tahu aurat perempuan dan lelaki. Buat kaum hawa di luar sana pastikan anda tidak mengambil mudah tentang aurat wanita kepada lelaki bukan mahram termasuk suami.

Menerusi laman Instagram milik pendakwah bebas, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, satu teguran buat kaum wanita dimuat naik selepas menerima pertanyaan mengenai hukum seorang wanita bercerita aurat kawannya kepada suami.

Baca juga: Hukum Dedahkan Baby Bump, Jangan Pandang Ringan!

HARAM CERITA TENTANG AURAT KAWAN PEREMPUAN DEKAT SUAMI

Jelasnya, aurat wajib ditutup sampai tidak boleh dilihat dan digambarkan. Jadi haram hukumnya jika seorang wanita menceritakan aurat kawan atau dirinya kepada orang bukan mahram.

Beliau juga memetik satu hadis Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Saidina Ibnu Mas’ud terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

“Terjemahannya begini, janganlah seseorang wanita bergaul dengan kawan wanitanya dan kemudian bercerita kepada suami. Sampai suaminya seolah-olah boleh menggambarkan wanita diceritakan tadi,” ujarnya.

aurat

Beliau menegaskan janganlah para wanita di luar sana menceritakan tentang bayangan wanita lain terhadap lelaki bukan mahram.

“Kadangkala bercerita rambut panjang atau pendek, keriting atau berwarna selain bercerita tangan atau kaki kawannya cantik kepada suami,” jelasnya.

Jadi, berjaga-jagalah bila bercerita mengenai aurat kepada kawan-kawan, suami dan saudara mara. Haram hukumnya jika lelaki bukan mahram mengetahui tentang aurat wanita lain.

VIDEO PENUH:

Sumber: Instagram Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×