Nur

Balik Kampung dan Buat Solat Jamak Qasar, Adakah Ia Dikira Tempat Bermukim?

2
SHARES
MAKSUD TEMPAT BERMUKIM

Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang keliru dengan maksud tempat bermukim. Perkara ini menyebabkan mereka tertanya-tanya mengenai hukum solat jamak qasar yang ditunaikan.

Solat qasar dan jamak adalah merupakan rukhsah yang diberikan oleh Allah SWT. la merupakan kemudahan yang dianugerahkan kepada umat Islam agar boleh menunaikan ibadat solat di mana sahaja.

Baca juga: Tutut Aurat Tapi Nampak Lekuk Tubuh, Wanita Muslimah Elak Pakaian Syuhrah Ini!

MAKSUD TEMPAT BERMUKIM DAN PENJELASAN LANJUT

MAKSUD TEMPAT BERMUKIM

Assalamualaikum Dr, berkenaan bermukim, alamat menetap dan bekerja adalah di Selangor, jika saya balik ke kampung halaman (Johor), adakah rumah saya di kampung halaman dikira mukim? Boleh ke saya solat jamak qasar semasa di kampung halaman saya? (Balik kampung tidak lebih 3 hari) 

Allah SWT di dalam firmannya:

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ

Maksudnya: “Dan jika kamu bermusafir di muka bumi ini, maka tidak berdosa ke atas kamu untuk memendekkan solat (solat empat rakaat dijadikan kepada dua rakaat).” (Surah al-Nisa’:101)

Jadi, jawapan untuk persoalan di atas adalah alamat menetap dan bekerja saudara di Selangor adalah tempat permukiman saudara dan tidak boleh menjamakkan dan mengasarkan solat.

Sekiranya saudara balik ke kampung halaman di Johor, maka rumah saudara di kampung halaman tidak dikira sebagai tempat pemukiman kerana saudara hanya menjadikannya sebagai tempt persinggahan yang tidak melebihi tiga hari, bukannya tempat saudara tinggal secara tetap dalam tempoh yang lama.

Maka dalam hal ini, saudara boleh solat secara jamak dan qasar semasa saudara di kampung halaman saudara. Sekiranya rumah di kampung halaman saudara itu merupakan rumah ibu atau bapa saudara.

Namun begitu, jika sekiranya rumah di kampung saudara merupakan milik saudara, saudara telah masuk dalam kategori Sahib al-Baladain iaitu orang yang memiliki dua tempat tinggal yang berbeza. Justeru, saudara hanya berhak solat jamak dan gasar hanya ketika dalam perjalanan sahaja.

Baca juga: Betul Ke Pakai Baju Tidur Seksi Boleh Tarik Minat Jin & Dilarang Islam?

Sumber: Facebook Maktabah Al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×