Nur

Sengaja Lalu Jalan Jauh Supaya Dapat Solat Jamak Qasar? Ini Penjelasannya!

9
SHARES
SOLAT JAMAK QASAR

Terdapat satu persoalan mengenai solat jamak qasar iaitu adakah seseorang dibolehkan dengan sengaja memilih jalan jauh hanya semata-mata untuk melepaskan syarat solat jamak.

Jawapan tersebut ada dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun di laman Facebooknya dan diharapkan dapat menjawab persoalan yang bermain di minda anda. Semoga bermanfaat…

Baca juga: Hukum Pakai Gelang Kaki Bagi Wanita Menurut Pandangan Islam, Jangan Main Guna Sahaja

SENGAJA LALU JALAN JAUH SEBAB NAK MUDAH SOLAT JAMAK QASAR

SOLAT JAMAK QASAR

Bagi persoalan ini, ulama telah membahaskan kepada dua pendapat iaitu:

1. Tidak boleh solat jamak qasar

Seseorang yang memilih jalan jauh (mencapai dua marhalah) berbanding jalan dekat tetapi tidak sampai dua marhalah dengan alasan untuk mendapatkan rukhsah (keringanan) solat jamak qasar semata-mata, ia tidak dibolehkan. Maka anda perlu melaksanakan solat secara sempurna.

Menurut penulisan daripada Ustaz Dr. Syed Shahrizan, dalam kitab Asna al-Matalib karangan Sheikhul Islam Zakaria al-Ansari menjelaskan bahawa:

“Jika seseorang dalam perjalanannya melalui laluan yang paling jauh antara dua jalan (jalan jauh dan dekat) atas tujuan mengharuskan solat qasar, bahkan tanpa tujuan apa pun sepertimana yang dinyatakan dalam kitab al-Majmu’, maka dia tidak boleh mengqasarkan solat. Hal ini dianggap seperti dia melalui laluan yang paling dekat yang mana kurang dari 2 marhalah walaupun dia memanjangkan perjalanannya ke arah kanan dan kiri (untuk menjauhkan jarak).” 

2. Diharuskan untuk solat jamak qasar

Jika seseorang itu memilih jalan jauh dengan adanya tujuan yang baik seperti menziarahi keluarga, sahabat yang menetap pada arah laluan jauh dan seumpamanya, maka diharuskan untuk melaksanakan solat jamak qasar pada hari tersebu.

SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK

1. Jarak perjalanan yang mengharuskan solat musafir iaitu 2 marhalah (sekitar 80 hingga 90 km atau lebih) jarak sehala.

2. Perjalanan yang mempunyai arah tujuan (bukan perjalanan tanpa tujuan).

3. Mestilah perjalanan yang diharuskan syarak (bukan bertujuan maksiat seperti berniaga arak, pengurusan yang melibatkan riba, isteri yang nusyuz melarikan diri daripada suaminya dan lain-lain).

Baca juga: Hukum Solat Dalam Keadaan Mengantuk, Kena Teruskan Atau Tidur Dulu?

Sumber: Facebook Ustazah Asma Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×