Nur

Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Dari JAKIM

Cara Solat Jamak

Cara Solat Jamak

Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kita biasa nampak tatacara, panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita selalu lupa.

Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R PLUS.

Cara Solat Jamak

Gambar ihsan PLUS. Di ambil di Hentian R&R Tangkak, Arah Selatan. Klik untuk saiz yang lebih besar.

Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.

Apa itu solat jamak?

Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Apakah syarat solat jamak?

Untuk solat jamak taqdim:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Untuk solat jamak taakhir:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Bagaimana cara dan contoh niat solat jamak?

Untuk jamak taqdim:

1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Untuk jamak taakhir:

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Akhir kata

Semoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Usah sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir.

Untuk menghimpunkan dan memendekkan rakaat solat, baca panduan solat jamak qasar yang betul. Harus diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

Walaubagaimanapun, jika hanya ingin memendekkan solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’, ikuti panduan solat qasar dari JAKIM.

Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.

Carian Yang Berkaitan:

  • solat jamak
  • cara solat jamak
  • niat solat jamak
  • jamak takhir
  • Jamak
  • sembahyang jamak
  • solat jamak takhir
  • jamak takdim
  • cara solat jamak dan qasar
  • cara solat jamak takhir
86 Comments

86 Comments

    • Mira

      April 3, 2016 at 8:34 am

      Niat solat asar mcm bese.. tp lau wat qasar kne sbut qasar..

    • Abu Uwais

      April 3, 2016 at 8:47 am

      1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

      أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

      • Abu Uwais

        April 3, 2016 at 8:55 am

        أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ أربع رَكعَاتٍ مَجْمُوْعًا مع الظُّهْرِ اَدَاءً للهِ تَعَالى

        “Ushollii fardlol ‘ashri arba’a raka’aatin majmuu’an ma’azh zhuhri adaa-an lillaahi ta’aalaa.”Artinya : “Aku sengaja shalat fardu Ashar empat rakaat yang dijama’ dengan dhuhur, fardu karena Allah Ta’aala”

    • Fauzi

      April 5, 2016 at 3:11 am

      Jamak tu maksudnya himpun 2 solat dalam satu waktu ..samada taqdim iaitu asar dlm zohor / isyak dlm maghrib. Ta’khir iaitu zohor dlm asar/ maghrib dlm isyak. Setiap solat boleh 4 rakaat atau di pendekkan jadi 2 rakaat kecuali maghrib kena penuh 3 rakaat. Setiap solat wajib didirikan.

  1. Abdul Aziz

    March 28, 2015 at 12:25 am

    alangkah baiknya kalau tajuk dan kandungan “Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Mengikut RasululLah s.a.w” !!!

    • laling

      April 10, 2015 at 10:00 am

      sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat dihimpunkan dengan zohor tunai kerana allah taala..

    • Abu Uwais

      April 3, 2016 at 8:58 am

      أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ أربع رَكعَاتٍ مَجْمُوْعًا مع الظُّهْرِ اَدَاءً للهِ تَعَالى

      “Ushollii fardlol ‘ashri arba’a raka’aatin majmuu’an ma’azh zhuhri adaa-an lillaahi ta’aalaa.”Artinya : “Aku sengaja shalat fardu Ashar empat rakaat yang dijama’ dengan dhuhur, fardu karena Allah Ta’aala”

  2. Fauzi

    April 4, 2015 at 3:13 pm

    utk jamak takdim sy rsa dah jelas.
    tp penjelasan utk jamak ta’khir masih samar..adakah sma spt jmak takdim perlu mengikut tertib atau sebaliknya.

    • Abu Uwais

      April 3, 2016 at 9:04 am

      Musafir berapa haripun boleh jamak dan qasar… apabila bermastautin atau duduk satu tempat lebih 3 hari…. taraf musafir akan hilang dan tsk bolehlah solat jamak dan/ atau qasar.

    • laling

      April 10, 2015 at 9:56 am

      kalau jamak takhir dimulakan dengan asar dulu baru zohor..dan isyak dulu baru maghrib..

      • laling

        April 10, 2015 at 10:17 am

        jamak takhir boleh juga dimulakan dengan zohor dulu or maghrib dulu..tk

  3. laling

    April 10, 2015 at 9:54 am

    jamak takdim dan qasar : (dilakukan dlm waktu zohor)

    ‘sahaja aku solat fardhu zohor 2 rakaat dipendekkan dan dihimpunkan dengan asar tunai kerana allah taala’….

    ‘sahaja aku solat fardhu asar 2 rakaat dipendekkan dan dihimpunkan dengan zohor tunai kerana allah taala’

  4. تعكو صوبري

    April 29, 2015 at 1:55 am

    Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

    Sabda Rasullah SAW ;

    إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
    “Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

    Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

    SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
    1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
    2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
    3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

    HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
    1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
    2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
    3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
    4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

    SOLAT QASAR

    Bahasa ; Pendek dan ringkas.
    Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
    Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.

    SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
    1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
    2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
    3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
    4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

    Cara Solat Qasar

    1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
    2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

    SOLAT JAMAK

    Bahasa : Himpun @ kumpul
    Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
    Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.

    Solat Jamak terbahagi kepada ;

    1. JAMAK TAQDIM – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

    SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
    1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
    Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
    2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama). Alasannya yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk waktu, sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu… Jadi amat wajarlah kita dahulukan solat (Zohor/Maghrib) kerana telah masuk waktu, sementara solat yang kedua hanya penumpang… belum masuk waktu.
    Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

    3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
    Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
    Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

    4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
    5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
    6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.

    Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
    1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
    2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
    3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM

    Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim

    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    2. JAMAK TA’HIR – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

    SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
    1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
    Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

    2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
    * Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

    Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

    1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
    2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
    3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR

    Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir

    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    SOLAT QASAR DAN JAMAK

    Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

    Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

    Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

    Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

    Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.

    أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya
    Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.

    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.

    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

  5. Jehan

    April 29, 2015 at 6:10 am

    Informasi yang sangat2 berguna bagi mereka yang musafir. Terima kasih.

  6. dinda

    May 3, 2015 at 1:27 am

    apa beza qasar dan 4 rakaat??? qasar utk ap 4 rakaat untuk ap?? ke sama je??

    • Abu Uwais

      April 3, 2016 at 9:20 am

      Qasar masuknya memendek kan. Apply utk solat 4 rakaat shj. Zuhur,Asar& Isya’.
      Kemudahan utk musafir

  7. Mohd khir

    May 6, 2015 at 8:52 pm

    Assalam, sy ingin penjelasan, jika kita solat jamak qasar maghri dan isyak semasa dlm perjalanan dr kg, apabila sy smpi ke rumah waktu isyak belum masuk lgi, adakah sy kena solat isyak semula, ingin penjelasan?

  8. MF

    July 29, 2015 at 11:59 am

    JIKA SAYA DAH BALIK KE RUMAH,ADAKAH SAYA DIBOLEHKAN BERJAMAK DALAM TEMPOH TIGA HARI ITU….?

  9. maze

    August 18, 2015 at 6:00 pm

    Bagaimana sekiranya dan contohnya di Madina…mana lebih afdal….Jamak dan Qasar atau sembahyang fardhu seperti biasa di Masjid Nabawi…..lebih lebih lagi…jadual pergi Umrah sekarang selalu nya di Madina sesingkat dua hingga empat hari sahaja….

  10. maze

    August 18, 2015 at 6:06 pm

    Bolih kah kita….contohnya semasa jamak takdim…..bolihkah kita niat qasar shj pd sembahyang yg terdahulu….kemudian semasa sembahyang berikutnya….baru di niatkan jamak dan qasar …….

  11. Asmarni

    April 10, 2016 at 5:58 pm

    Terima kasihbatas informasi

  12. Ismail Kadir

    April 18, 2016 at 1:57 pm

    Assalam. Syarat utk sembahyang musafir sudah cukup. Bolehkah dijamak sembahyang Jumaat dgn sembahyang Asar?

  13. Az

    September 3, 2016 at 8:02 pm

    Maaf andai diri khilaf. Tapi nak bertanya, kenapa empat rakaat? bukan sepatutnya takdim atau takhir dua dua nya dilakukan 2 rakaat untuk setiap niat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top