Nur

Cara Solat Qasar Yang Betul Dari JAKIM – Zuhur, Asar dan Isyak Sahaja

19.3K
reads
Cara Solat Qasar

Cara Solat Qasar

Bagi yang tidak tahu, JAKIM ada menerangkan dengan ringkas, cara solat qasar dan solat jamak (taqdim & takhir). Sebelum itu, mari kita ketahui maklumat ini dengan lebih terperinci.

 

Apa itu Solat Qasar?

Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Apakah hukum Solat Qasar?

Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Berapakah jarak yang dibenarkan?

Jarak dibenarkan Qasar Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Apakah syarat Solat Qasar?

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)
iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna)
v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Bagaimana contoh niat Solat Qasar?

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى 

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
Akhir kata
Terima kasih kerana masih lagi mengingati Allah, walaupun dalam bermusafir. Teruskan mengingati Allah, agar perjalanan kita mendapat keredhaan Allah. Untuk rujukan dan cara solat jamak, boleh rujuk di sini.

Yang Popular

To Top