Nur

Niat Solat Jamak & Qasar Ketika Musafir – Panduan Ringkas Oleh JAKIM

497
SHARES
cara solat jamak

“Eh, lupalah macam mana cara solat jamak dan qasar. Kena lebih berapa km perjalanan ye boleh buat solat ni?”

Apabila mengembara atau membuat perjalanan jauh, kita diberi keringanan untuk mengerjakan solat jamak dan qasar sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

Antara hikmah disyariatkan solat jamak dan qasar adalah :

  1. Meringankan / memudahkan umat Islam untuk menunaikan solat dalam perjalanan.
  2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
  3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dalam apa kedaan sekalipun.
  4. Menggalakkan umat Islam bermusafir / melancong / ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

Secara ringkasnya, solat jamak bererti solat yang dihimpunkan, manakala solat qasar pula bermaksud solat yang dipendekkan.

Jom kita refresh semula dan fahamkan panduan cara solat jamak dan qasar ini supaya mudah untuk kita mengerjakannya nanti.

Cara Solat Jamak & Qasar Yang Mudah Mengikut Panduan JAKIM

SOLAT QASAR

Pengertian Solat Qasar

  • Dari segi bahasa : Pendek dan ringkas.
  • Dari segi istilah : Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

*Solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.

SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR

  1. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
  2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
  3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
  4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

Cara Solat Qasar

  1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
  2. Lafaz niat adalah seperti berikut ;

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى

Maksudnya: Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

Baca juga : Musafir Boleh Jamak 3 Hari, Tapi Macam Mana Nak Kira Hari Pergi & Balik? Ini Penjelasan Mufti WP

Cara Solat Jamak

Foto Kredit: panoramio.com

SOLAT JAMAK

Pengertian Solat Jamak

  • Dari segi bahasa : Himpun @ kumpul
  • Dari segi istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.

*Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.

Solat Jamak Taqdim & Jamak Ta’khir

Solat Jamak terbahagi kepada 2 iaitu:

1. JAMAK TAQDIM

Maksudnya : Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM

1. Niat

Niat jamak dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).

Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram.

Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam.

(Bukannya selepas memberi salam sebab solat sudah habis/selesai).

2. Tertib

Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).

Jika dilakukan solat kedua-duanya dengan didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua.

Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut

Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.

Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran seperti terlupa atau pitam, terbatallah jamak.

Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak.

Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap seperti oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.

Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan sedikit air untuk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Masih Dalam Perjalanan

Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua).

Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua.

Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.

5. Kekal Waktu Solat Pertama

Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.

6. Sah Solat Yang Pertama

Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.

Foto Kredit : picssr.com

Cara Solat JAMAK TAQDIM

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM

Niat Solat Jamak Taqdim Zohor dan Asar 

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Niat Solat Jamak Taqdim Solat Maghrib dan Isya’ 

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Lihat bagaimana anak berwudu'

Cara Solat JAMAK TA’KHIR

Maksudnya: Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua.

Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR

1. Niat

Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).

Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih Dalam Perjalanan

Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib).

Oleh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

Cara melakukan solat JAMAK TA’KHIR

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR

Niat Solat Jamak Ta’khir Zohor dan Asar

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Niat Solat Jamak Ta’khir Solat Maghrib dan Isya’

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

cara solat jamak

SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain daripada melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan untuk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak secara serentak.

Ini bermaksud kita menghimpunkan dan memendekkan solat sekaligus ketika sedang bermusafir.

Cara Mengerjakan Solat Qasar dan Jamak Serentak

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama seperti mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’khir, cuma ditambah Qasar sahaja iaitu Solat Zohor / Asar/ Isya’ dipendekkan menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

Contoh Lafaz Niat Solat Jamak Dan Qasar

Niat Solat Jamak Taqdim dan Qasar Zohor dan Asar

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Niat Solat Jamak Taqdim dan Qasar Maghrib dan Isya’

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Maksudnya :  Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Niat Solat Jamak Ta’khir dan Qasar Zohor dan Asar

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Niat Solat Jamak Ta’hir dan Qasar Maghrib dan Isya’

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Baca juga : Bagi Yang Bermusafir, Ini Hukum Solat Terawih Lepas Solat Jamak Taqdim Tanpa Menunggu Waktu Isyak

cara solat jamak

Foto Kredit : tazkirah.net

Islam Itu Mudah, Tiada Lagi Alasan!

Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya.

Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah.

Kalau nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.

Yang penting, tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu ya!

*Sumber pautan asal di laman web JAKIM: http://kemusykilan.islam.gov.my/index_jawapan.php?ids=26595&q=

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×