Dapur

Resepi Biskut Makmur Tanpa Oven, Tak Payah Bakar. Simple & Sedap Sangat!

11.7K
SHARES
resepi biskut makmur susu

“Wah, memang mudah sangat tengok resepi biskut makmur ni… Tak payah bakar, tak guna oven pun. Nampak bahan-bahannya pun mudah cari. Nak cubalah!”

Sesekali tu memang teringin nak merasa biskut homemade, apatah lagi yang buatan tangan sendiri kan?

Sebenarnya ada banyak resepi biskut raya yang mudah dan boleh kita cuba, terutamanya kalau baru first time nak buat.

[Baca juga : Senangnya Buat Biskut Cornflakes Susu Tanpa Bakar. Rangup & Cair Di Mulut!]

Antara yang paling mudah adalah resepi biskut makmur yang hanya perlu disangai atas api dan tak perlu dibakar menggunakan oven.

Serius mudah tapi sedap tau!

Jom kita tengok resepi lengkap oleh Rona Eryza di bawah ini.

Resepi Biskut Makmur Tanpa Oven, Mudah & Sedap

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula aising (kalau tak ada boleh kisar gula pasir biasa sampai halus)
  • 1/2 cawan planta
  • 1/2 minyak sapi (kalau tak ada, boleh guna marjerin )
  • 1 cawan susu tepung (saya pakai susu tepung Fernleaf )

Cara-cara :

1. Sangai Tepung Gandum

Langkah pertama, sangai (goreng tepung tanpa minyak) dengan api yang perlahan.

Kacau tepung sehingga kekuningan macam dalam gambar dekat bawah ni.

2. Cairkan Minyak Sapi & Planta

Seterusnya, cairkan minyak sapi dengan planta.

Bila dah cair, biarkan ia sejuk dulu.

3. Campurkan Minyak Sapi & Planta Dengan Tepung

Bila minyak sapi dan planta dan sejuk, masukkan gula aising dan campuran planta serta minyak sapi ke dalam tepung .

Gaulkan hingga rata.

4. Bentukkan Adunan

Lepas tu bolehlah bentukkan adunan.

Kepal bulat-bulat ikut saiz yang kita suka.

5. Salut Dengan Susu Tepung

Bila adunan dah siap dikepal, salut biskut tadi dengan susu tepung hingga rata.

6. Dah Siap!

Siap sedia untuk dinikmati.

Boleh simpan masukkan dalam balang.

Sekejap je dah siap kan?

*Nota :

Biasanya biskut makmur tanpa bakar ni lepas 3 minggu pun masih sedap lagi. Kalau ada oven dan rajin nak bakar boleh juga bakar agar tahan lebih lama. 

Boleh juga kalau nak campur kacang yang dah digoreng dan ditumbuk, terpulang pada selera masing-masing ya.

[Baca juga : Guna 2 Bahan Saja, Ini Resepi Biskut Almond Yang Akan Buat Ramai Ketagih!]

Mudah & Sedap, Ramai Yang Dah Cuba…

Kalau tengok pada posting asal resepi biskut makmur ni di Facebook, memang ramai yang komen kata mereka dah cuba.

resepi biskut makmur

Memang sangat mudah, bahan pun guna bahan yang mudah saja.

Hasilnya pun sedap dan cair di mulut. Pendek kata, puas hatilah.

Jadi bolehlah cuba lepas ni ok. Insha Allah yang first time nak cuba buat biskut raya pun boleh buat biskut makmur ni.

Simple dan menjadi!

 

*Resepi biskut makmur tanpa oven ini dikongsikan oleh Rona Eryza menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang resepi ini, bolehlah terus rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×