Nur

JAKIM Kongsi Kelebihan Baca Zikir Tahlil 100 Kali Sehari, Manfaatnya Luar Biasa!

21
SHARES
ZIKIR TAHLIL

Bulan puasa hampir tiba tidak lama dan antara amalan boleh dibuat sementara menunggu waktu berbuka adalah dengan membaca zikir tahlil.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, zikir tahlil boleh dibaca setiap hari sebanyak 100 kali dan ganjarannya sangat luar biasa.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Buat Umrah DIY, Hanya RM4K Seorang. Murah & Berbaloi!

KELEBIHAN BACA ZIKIR TAHLIL 100 KALI SEHARI, JOM AMALKAN

ZIKIR TAHLIL

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Sesiapa yang mengucapkan:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ

 لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ

وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Sebanyak 100 kali maka baginya pahala seperti:

Membebaskan 10 orang hamba, dicatat baginya 100 kebaikan, dihapus baginya 100 kejahatan, pelindung dari syaitan pada hari itu hingga petang.

Dan tidak ada seorang pun yang dapat menandinginya melainkan yang mengamalkan lebih dari itu. Sahih al-Bukhari (6403) dan Muslim (2691).

Selain itu, antara kebaikan lain adalah:

1.  Merupakan sebaik-baik ucapan bagi Rasulullah SAW dan para Nabi sebelum Baginda

Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sebaik-baik perkataan yang diucapkan oleh aku dan para Nabi sebelumku adalah: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ (Tiada Tuhan melainkan Allah, Dia Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, Dia memiliki Kerajaan dan segala puji adalah untuk-Nya, dan Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu.”

2. Menjadi kunci syurga

Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang mati dan dia mengetahui tentang لاَ إِلٰهَ إِلاَّ الله maka dia masuk syurga.”

3. Zikir paling afdal

Daripada Jabir bin Abdillah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Zikir yang paling mulia adalah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه dan doa yang paling afdhal adalah الْحَمْدُ لِلَّه.”

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Baca Surah Al Insyirah Setiap Kali Isi Minyak Kereta, Memang Ajaib!

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Kredit imej: Vecteezy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×