Nur

Wanita Ini Kongsi Baca Surah Al Insyirah Setiap Kali Isi Minyak Kereta, Memang Ajaib!

6
SHARES
KELEBIHAN SURAH AL INSYIRAH

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Hajidah Abdullah, dia ada menceritakan kelebihan surah Al Insyirah setiap kali mengisi minyak kereta.

Jelasnya, selepas membaca surah tersebut, ada doa lain yang dibaca agar Allah SWT memberikan rezeki untuk menggunakan minyak kereta tersebut selama seminggu.

Baca juga: Bacaan Doa Waktu Pagi Dalam Rumi, InsyaAllah Rezeki Masuk & Mudah Segala Urusan

KELEBIHAN SURAH AL INSYIRAH, BACA SETIAP KALI ISI MINYAK

KELEBIHAN SURAH AL INSYIRAH

Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum ini saya ada terbaca hamba Allah kongsi berkenaan “Allah ya Muqit” (Allah Yang Maha Berkuasa)

Jadi, hari ini saya nak berkongsi dekat sini, setiap kali isi minyak kereta saya baca dalam hati  surah Al-Insyirah satu kali kemudian sebanyak yang mungkin baca Allahumma Ya Muqit, Ya Muqit, Ya Muqit sepanjang masa kita tekan nozel minyak.

Dalam hati lagi sambil doa: “Ya Allah , cukupkan lah minyak ini untuk aku guna seminggu.”

Ajaibnya MasyaAllah, selepas amalkan beberapa bulan, saya akan isi minyak sekali seminggu sahaja walaupun saya gerak ke mana-mana. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

KELEBIHAN SURAH AL INSYIRAH

Surah al insyirah

Setiap hari Selasa, saya akan isi full tank viva 25 Liter. Selain itu, boleh amalkan juga dalam kehidupan kita semasa gaji masuk.

Allahumma Ya Muqit, Ya Allah Yang Maha Berkuasa, cukupkan lah gaji ini untuk aku belanja sebulan.

Mudah mudahan dengan izin Allah, cukup belanja kita pada bulan tersebut. Sama juga macam lauk yang kita masak, nak makan boleh baca:

Allahumma Ya Muqit. Cukupkan lah lauk ini untuk aku makan sekeluarga. InsyaAllah dengan izinNya cukup.

*Allah pemberi rezeki dan pelbagai bentuk rezeki boleh diberikan olehNya. Kita sebagai hambaNya, tidak salah untuk berusaha dan baca doa di atas dalam kehidupan seharian.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doa Agar Terhindar Masalah Keluarga & Hal-Hal Lain, Amalkan Baca Setiap Hari

Sumber: Facebook Hajidah Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×