Penyakit tekanan darah tinggi boleh membawa kepada komplikasi lain dan juga kematian sekiranya tidak dirawat dan dibiarkan sahaja. Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, terdapat 10 tips turunkan darah tinggi menggunakan bahan semula jadi.
10 bahan yang dikongsikan di bawah mudah untuk didapatkan dan pasti ada di rumah anda. Ikuti artikel lengkap di bawah.
Baca juga: Miliki Badan Kurus & BMI Bawah 18.5 Boleh Undang Bahaya, Ini Cara Nak Tambah Berat
10 TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI GUNA BAHAN SEMULA JADI
1. Bawang putih
Terdapat dua cara, cara pertama adalah:
– Bakar 2 ulas bawang putih dan makan.
Cara kedua:
– Tumbuk 3 ulas bawang putih dan campurkan ke dalam segelas air masak. Minum setiap hari selepas sarapan pagi.
2. Bulu jagung
– 1 mangkuk bulu jagung direbus bersama dua gelas air.
– Biarkan ia mendidih hingga airnya tinggal lebih kurang 1 gelas.
Minum air rebusan 2 kali sehari pada hari ganjil dan 1 kali sehari pada hari genap.
3. Daun kucai
– 1 ikat daun kucai ditumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air.
Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. InsyaAllah dengan izinNya penyakit darah tinggi akan reda.
4. Batang serai
– Rebus 3-4 batang serai bersama 4 cawan air.
– Rebus sehingga air rebusan menjadi secawan.
– Minum air rebusan serai 2 kali sehari.
5. Air kelapa
– 1 gelas air kelapa muda dicampurkan dengan sedikit kopi (pati tanpa gula) dan seketul garam jantan (lebih kurang 1-2cm).
– Kacau hingga sebati dan minum. Amalkan 2 kali seminggu.
6. Buah mengkudu
– Perah buah mengkudu yang telah masak. Ambil airnya dan tapis.
– Minum pada waktu pagi semasa perut kosong (sebelum sarapan).
– Amalkan setiap hari selama l minggu.
7. Pisang
– Kisar 3 biji pisang kelat (pisang Rastali) yang telah masak berserta kulitnya bersama 1 cawan air.
– Minum air tersebut setiap hari. Amalkan selalu.
8. Epal hijau
– Rebus 2 biji epal hijau yang telah dibuang kulit dan dihiris nipis-nipis bersama 2 cawan air sehingga empuk.
– Biarkan sehingga sejuk dan tapis airnya.
– Minum 2 kali sehari air rebusan epal hijau.
– Amalkan selalu. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.
*Isi epal jangan dibuang, boleh buat jem.
9. Pelepah cermai
– 7 pelepah daun cermai direbus dengan 1 liter air.
– Keluarkan pelepah daun cermai sebaik sahaja air mendidih.
– Minum air rebusan daun cermai 2 kali sehari (minum sewaktu masih suam-suam)
10. Belimbing tanah
– Rebus 1 batang pokok belimbing tanah (Tacca cristata Jack) dan minum air rebusan 2 kali sehari.
– Amalkan selalu.
Walau bagaimanapun, sekiranya bacaan darah terlalu tinggi, dapatkan nasihat dan rawatan doktor dengan segara.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Baca juga: 1001 Khasiat Makan Cincau Hijau, Bukan Hanya Untuk Penyegar Minuman Sahaja!
Sumber: Facebook Pesan Bonda