40 Minggu

10 Kebaikan Melahirkan Anak Secara Pembedahan Elektif, Ramai Yang Belum Tahu

24
SHARES
KEBAIKAN BERSALIN CZER ELEKTIF

Sesetengah pembedahan caesarean mungkin sudah dirancang sebelum kelahiran seperti yang disarankan oleh doktor. Kaedah ini dipanggil sebagai caesarean elektif  di mana ibu tidak perlu melahirkan melalui vagina. Terdapat beberapa kebaikan bersalin czer elektif yang anda perlu tahu sekiranya ingin melahirkan cara ini. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Selain Kencing Lepas Bersama, Ada 3 Lagi Cara Nak Elak Hamil, Betul Berkesan Ke?

10 KEBAIKAN BERSALIN CZER ELEKTIF BAKAL IBU KENA TAHU

KEBAIKAN BERSALIN CZER ELEKTIF

1. Kurang risiko bayi kekurangan oksigen

Kebaikan yang pertama sekiranya ibu memilih bersalin secara czer elektif adalah kurang risiko bayi lemas dan kekurangan oksigen.

Hal ini kerana bayi boleh dilahirkan mengikut kiraan masa yang diberikan oleh doktor dan bukannya secara tiba-tiba sehingga menyebabkan komplikasi.

2. Ibu kurang rasa takut

Umum mengetahui tentang kesakitan yang dialami oleh ibu ketika bersalin normal. Jadi, sekiranya memilih bersalin secara czer elektif, perasaan takut terhadap rasa sakit semakin berkurang.

Ibu-ibu pasti akan lebih tenang kerana sudah tahu masa yang sesuai untuk melahirkan anak.

3. Tidak tergesa-gesa

Apabila memilih czer elektif, ini bermakna ibu akan kurang tergesa-gesa kerana semuanya sudah dirancang. Keselamatan ketika dalam perjalanan ke hospital juga lebih terjamin.

4. Kurang rasa trauma 

Kelahiran cesarean yang dibuat secara elektif boleh mengurangkan rasa trauma terutamanya bagi wanita yang pertama kali bergelar ibu. Masalah trauma juga boleh terjadi apabila pemeriksaan faraj yang dilakukan berulang kali semasa bersalin normal.

5. Tiada risiko faraj terkoyak

Apabila bersalin secara czer elektif, ibu tidak akan mengalami luka teruk pada bahagian faraj. Ini kerana laluan faraj tidak digunakan semasa bersalin ceasarean.

6. Faraj tetap ‘ketat’

Selain itu, bersalin secara czer elektif difahamkan dapat mengurangkan risiko faraj longgar.

7. Kurang risiko berlaku kecederaan pada bayi

Antara kecederaan yang boleh berlaku sekiranya kelahiran secara semula jadi adalah bahu sangkut atau shoulder dystocia. Perkara ini terjadu selepas terkeluarnya kepala bayi.

Bahu sangkut boleh menyebabkan kecederaan pada saraf bahu sehingga menyebabkan lumpuh pada bahagian tangan. Hal ini boleh dielakkan sekiranya bersalin secara czer elektif.

8. Proses pemulihan cepat

Proses pemulihan cepat berbanding normal kerana ibu akan lebih kurang sakit ketika berjalan.

9. Kurang risiko lemah kawalan kencing

Lemah kawalan kencing boleh berlaku selepas melahirkan anak. Ini bermakna sekiranya anda memilih bersalin secara czer, risikonya lebih rendah.

10. Hubungan seks kurang bermasalah

Hubungan seksual bersama pasangan lebih kurang bermasalah kerana kesakitan di bahagian vagina dapat dielakkan dengan memilih pembedahan secara elektif.

Baca juga: Cara Buat Air Selusuh Agar Proses Bersalin Lebih Mudah, Bakal Ibu Take Note!

Sumber: Pakar Sakit Puan, Dr R Juhaidah & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×