40 Minggu

Selain Kencing Lepas Bersama, Ada 3 Lagi Cara Nak Elak Hamil, Betul Berkesan Ke?

5
SHARES
CARA ELAK HAMIL

Umum mengetahui, terdapat beberapa cara elak hamil boleh dilakukan oleh pasangan berkahwin. Antaranya adalah memakan pil perancang, memakai kondom dan lain-lain.

Ada juga yang mengatakan bahawa teknik buang air mani dari faraj selepas bersenggama boleh digunakan untuk tujuan mengelakkan hamil. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Ini Yang Berlaku Pada Fizikal Ibu Lepas Bersalin, No 3 Itu Paling Ramai Alami!

BUANG AIR MANI DARI FARAJ ANTARA CARA ELAK HAMIL?

CARA ELAK HAMIL

Air mani yang memasuki rahim boleh hidup di dalam lubang faraj sehingga 7 hari dan ia akan keluar dengan sendiri beberapa minit atau jam selepas melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

Sesetengah pasangan berkahwin masih belum bersedia untuk memiliki anak, jadi cara buang air mani dari faraj di bawah boleh dicuba walaupun belum terbukti secara saintifik.

1. Mandi 

Mandi selepas bersenggama difahamkan boleh membantu membersihkan faraj dan mengeluarkan air mani. Walau bagaimanapun, cara elak hamil ini tidak 100 peratus berkesan.

2. Kencing 

Ada juga yang mengatakan bahawa dengan kencing selepas melakukan hubungan seks akan mengeluarkan sperma.

3. Meruang/douching

Meruang adalah membasuh faraj dengan menggunakan air yang dicampur cecair lain untuk menghilangkan bau dan membersihkan faraj.

Douching juga mungkin boleh mengeluarkan beberapa air mani dari faraj. Walau bagaimanapun, cara ini masih tidak boleh mengeluarkan semua sperma yang telah memasuki rahim melalui serviks.

4. Cuka

Selain itu, sesetengah orang mencuci faraj menggunakan air campuran cuka. Kepercayaan ini adalah kerana keasidan cuka akan membunuh sperma dan akhirnya menghalang kehamilan.

Seterusnya, terdapat juga beberapa cara elak hamil anda boleh cuba. Antaranya adalah:

  • Memakai kondom lelaki
  • Isteri memakai kondom perempuan
  • Suntikan
  • IUD
  • Implan

Kaedah berbeza mungkin berfungsi lebih baik untuk orang lain dan seseorang boleh mencuba beberapa pilihan sebelum membuat pilihan.

Berbincang dengan doktor adalah jalan terbaik untuk memilih kaedah yang sesuai. Jadi, jangan malu untuk dapatkan nasihat daripada pakar mengenai perkara ini.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jenis Bentuk Punggung Untuk Ibu Bersalin Normal, Mana Satu Senang Nak Beranak?

Sumber: Medical News Today & Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×