40 Minggu

Jenis Bentuk Punggung Untuk Ibu Bersalin Normal, Mana Satu Senang Nak Beranak?

26
SHARES
JENIS BENTUK PUNGGUNG

Kata orang jenis bentuk punggung wanita memainkan peranan penting ketika mengandung. Ini kerana bentuk-bentuk tersebut akan mempengaruhi proses bersalin sama ada normal atau c-section.

Buat anda yang tidak tahu, jenis bentuk punggung ada 4 jenis dan di bawah ini penulis kongsikan penjelasan lanjut. Jom tambah ilmu.

Baca juga: Cek Perut & Cek Kepala Baby, Ibu Ini 8 Pemeriksaan Untuk Baby Baru Lahir, Take Note!

JENIS BENTUK PUNGGUNG WANITA UNTUK BERSALIN NORMAL

JENIS BENTUK PUNGGUNG

Kredit: Studypool

Berikut adalah empat bentuk tulang pinggul wanita yang paling umum serta pengaruhnya terhadap proses bersalin.

Terdapat empat jenis bentuk tulang pinggul wanita:

1. Ginekoid

Ini adalah bentuk paling normal dan sesuai untuk melahirkan secara normal. Bahagian rongga berbentuk oval dan jarak dari sisi kanan ke sisi kiri lebih lebar berbanding jarak bahagian depan ke belakang.

Punggung jenis ini memiliki lengkungan di bahagian pubik lebih besar iaitu sekitar 90°.

2. Android

Bentuk ini pula menyerupai pinggul lelaki di mana ukuran rongga lebih kecil dan bentuknya sama seperti simbol hati. Lengkungan di bahagian pubik agak sempit dan tulang iscium menonjol.

Wanita yang memiliki punggung jenis ini berkemungkinan akan bersalin secara normal.

3. Antropoid

Punggung berbentuk antropoid pula adalah memiliki rongga yang dalamnya berbentuk oval. Jarak antara sisi depan dan belakang lebih lebar berbanding sisi kanan dan kiri. Bentuk ini biasanya muka bayi lahir akan menghadap ke atas.

4. Platipeloid

Bentuk jenis ini juga dikategorikan sebagai punggung normal dan boleh bersalin seperti biasa. Memiliki rongga berbentuk oval dan diameter bahagian depan ke belakang lebih nipis.

MACAM MANA NAK TAHU JENIS PUNGGUNG?

Bagi menentukan bentuk pelvis wanita ketika hamil, doktor akan melakukan x-ray. Perlu diingatkan bahawa walaupun bentuk keseluruhan pelvis tidak akan berubah, hormon yang dikeluarkan semasa kehamilan menyebabkan beberapa sendi pelvis dan ligamen berehat. Ini akan membantu proses bersalin lebih mudah.

Selain itu, antara faktor lain bentuk pelvis boleh mempengaruhi sama ada boleh bersalin secara faraj adalah:

  • Kedudukan bayi tidak normal (songsang)
  • Hamil anak kembar
  • Serviks tidak berkembang
  • Tali pusat bayi tertekan atau prolaps
  • Ada masalah dengan plasenta, seperti plasenta previa
  • Pernah melakukan czer sebelum ini

Sekiranya anda merancang untuk hamil dan bimbang dengan bentuk pelvis sendiri boleh jejaskan kelahiran, boleh berbincang dengan doktor.

Ingat ya para wanita bukan hanya bentuk pelvis sahaja yang menentukan anda bersalin secara normal atau tidak. Banyak perkara luar jangkaan lain yang boleh berlaku.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustaz Dedah Ikhtiar Hamil Guna Air Kelapa Bakar, Tak Salah Kalau Nak Cuba

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×