Kemelut rumah tangga antara personaliti media sosial terkenal, Cik Epal, dan bekas suaminya, Jofliam, kembali mencuri perhatian ramai. Hal ini kerana isu yang sudah lama berlalu kembali menjadi bualan hangat netizen selepas satu tangkap layar perbualan lama di Instagram tular semula.
Perbualan tersebut membuatkan ramai dalam kalangan wanita ‘naik angin’ apabila ia melibatkan kenyataan yang dianggap memperlekehkan pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan anak.
JOFLIAM CAKAP CIK EPAL GUNA SUNTIKAN EPIDURAL SEMASA BERSALIN SEBAGAI ‘CHEAT CODE’

Foto: Cik Epal bersama anaknya, Han & Yuki.
“HAHAHAHA pakai cheatcode epidural”– Jofliam
Dalam tangkapan skrin tersebut, Jofliam membalas komen seorang individu dengan nada menyindir mengenai proses kelahiran anak mereka, Han dan Yuki. Dalam kenyataannya, dia seolah-olah memandang rendah dan anggap usaha Cik Epal yang menggunakan epidural ketika bersalin adalah perkara remeh!
Usahawan piza itu menggambarkan penggunaan epidural sebagai “cheatcode”, seolah memberi gambaran bahawa ibu yang memilih kaedah tersebut tidak benar-benar merasai kesakitan sebenar sewaktu melahirkan dan dikatakan sebagai jalan mudah.
Netizen yang terdiri daripada golongan wanita khususnya meluahkan rasa geram dan tidak puas hati kepada kenyataan tersebut sehingga mendoakan perkara yang tidak baik berlaku kepada Jofliam. Antara komen menarik perhatian adalah:
“Baca ini buatkan saya menangis semalam! Allahuakbar sedih terlalu sedih baca apa ayat yang dikeluarkan! Epidural ke tak ke semuanya ada risiko kematian untuk bertarung nyawa! Mengandung, melahirkan, berpantang, membesarkan dan anak-anak ni adalah amanah dan saham akhirat kita! Adakah duit itu cukup untuk nilai harga amanah kita?” – netizen.
View this post on Instagram
KENA KECAM DENGAN NETIZEN, AKHIRNYA MOHON MAAF

“Reply di DM saya empat bulan lalu kini viral semula dengan niat tertentu”– Jofliam
Setelah menerima kecaman hebat beberapa hari lepas, Jofliam akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Menurutnya, isterinya Dewi juga turut terkesan dengan kenyataan yang pernah ditulis mengenai penggunaan epidural. Sebagai tanda penghargaan terhadap ibu-ibu, dia turut mencadangkan pemberian piza tambahan berbentuk ‘love’.
Setelah melakukan penilaian semula, Jofliam mengakui bahawa kata-katanya terdahulu tidak sepatutnya diucapkan dan dilihat seperti merendahkan kaum wanita yang pernah melahirkan anak. Sebagai langkah untuk memperbetulkan keadaan, dia mengumumkan pemberian piza percuma khas kepada para ibu mengandung yang menjadi pelanggan.
*Jadi, kalau ada antara anda yang merupakan wanita hamil, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan piza percuma dari Jofliam ya. Tak payah beli mahal-mahal…
Baca juga: Bukan Mudah Guna Teknik ‘Gentle Parenting’, Uyaina Arshad Kongsi Hampir ‘Meletup’ Kalau Tak Sabar
Sumber: IG @cikepal, IG @jofliam, Threads @halinakamaludin
