Suami Isteri

Baru Lepas ‘Bersama’ Jangan Terus Tidur, Tapi Cuci Dulu Bahagian Badan Ini. PENTING!

38
SHARES
BERSENGGAMA DENGAN PASANGAN

Selepas bersenggama dengan pasangan, biasanya hanya faraj sahaja yang dicuci. Sebenarnya, ada beberapa bahagian tubuh badan perlu dicuci selepas bersetubuh untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Buat anda yang tidak tahu bahagian mana perlu dicuci selepas bersama suami, ikuti perkongsian artikel ini untuk mendapatkan jawapannya.

Baca juga: Isteri Tunjuk Tanda-Tanda Ini Waktu ‘Bersama’? Itu Petanda Dah Klimaks, Barulah Puas!

LEPAS BERSENGGAMA DENGAN PASANGAN, INI BAHAGIAN KENA CUCI

BERSENGGAMA DENGAN PASANGAN

FARAJ

Walaupun faraj ada fungsi boleh membersihkan sendiri tetapi terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan apabila selepas bersama suami:

Basuh vulva dan luar faraj dengan sabun yang tidak berbau dan bilas. Biarkan sehingga kering.

– Elakkan mencuci faraj menggunakan cairan yang terdiri daripada campuran berbagai bahan kimia seperti cuka, baking soda atau ubat-ubatan herba kerana boleh mengganggu keseimbangan bakteria semulajadi faraj.

– Lap faraj dan dubur dari depan ke belakang untuk mengelakkan pemindahan kuman dan menyebabkan jangkitan.

Tujuan membersihkan faraj adalah untuk mengelakkan risiko dijangkiti penyakit berkaitan hubungan kelamin. Bahaya!

ZAKAR

Selepas bersenggama bersama pasangan, pastikan anda mencuci zakar kerana ia dapat melindungi daripada jangkitan bakteria dan jangkitan saluran kencing. Selain itu, ia bertujuan untuk mengelakkan lebihan air mani berkumpul.

– Basuh zakar secara lembut menggunakan air dan sabun tanpa bau.

– Pastikan anda cuci lebihan air mani yang terkumpul dan bilas.

TANGAN

Untuk menyingkirkan bakteria selepas menyentuh alat kelamin pasangan, jangan lupa untuk membasuh tangan anda. Basuh menggunakan air dan sabun. Jadikan ini sebegai rutin selepas seks demi menjaga kebersihan.

BERSENGGAMA DENGAN PASANGAN

MULUT

Sekiranya anda melakukan seks oral bersama pasangan, pastikan kumur menggunakan cecair pencuci mulut dan gosok gigi untuk mengelakkan kuman merebak.

Kesimpulannya, dinasihatkan agar tidak menangguh pembersihan selepas seks kerana boleh meningkatkan risiko pembiakan bakteria, yis dan kegatalan pada bahagian kemaluan.

Jangan sesekali tidur dengan menggunakan seluar dalam dan pakaian yang sama kerana mungkin cecair daripada faraj dan berpeluh sudah berkumpul. Lebih baik mandi sebelum tidur atau memakai pakaian baharu untuk mengelakkan jangkitan seksual.

Jadikan mencuci bahagian anggota badan di atas sebagai satu rutin selepas melakukan hubungan seks bersama pasangan. Barulah bersih!

Sumber: Medical News Today & WebMD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×