Sihat

“Alamak! Kuningnya…”- Patutlah Gigi Kuning Walaupun Dah Berus, Ini Puncanya

3
SHARES
punca gigi kuning

Senyuman sihat dan menawan sudah tentunya menjadi impian setiap orang. Penjagaan gigi yang rapi dapat mengelakkan gigi daripada rosak dan bertukar warna. Pasti anda tertanya-tanya apa punca gigi kuning walaupun hari-hari mengosok gigi. Betul tak?

Sebenarnya, punca gigi kuning terjadi disebabkan banyak faktor dan antaranya adalah makanan. Ramai dalam kalangan kita tak perasan bahawa makanan harian yang diambil boleh menguningkan gigi.

Baca juga: Bukan Setakat Cegah Kanser, Buah Naga Rupanya Boleh Kurangkan Kencing Manis

INI 6 PUNCA GIGI KUNING WALAUPUN DAH BERUS, MALUNYA!

punca gigi kuning

Terdapat beberapa punca gigi kuning:

1. MAKANAN & MINUMAN

Pengambilan kopi, teh, minuman berkarbonat, dan alkohol secara berlebihan antara penyebab gigi bertukar kuning. Pastikan anda ambil dalam kawalan supaya gigi kekal sihat.

2. MEROKOK

Selain makanan dan minuman, merokok juga mengakibatkan gigi menjadi kuning. Kandungan nikotin, tar dan bahan kimia lain punca warna gigi berubah.

3. TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN GIGI

Sekiranya anda tidak memberus dan flos gigi ia akan menyebabkan plak gigi semakin tebal. Jangan lupa untuk dapatkan rawatan kebersihan gigi di klinik supaya gigi kekal bersih.

punca gigi kuning

4. PENYAKIT

Penyakit juga antara punca gigi kuning kerana ia menghalang perkembangan normal enamel gigi dan dentin. Sekiranya pesakit ada menjalankan rawatan kemoterapi, ia boleh menyebabkan perubahan warna gigi.

5. PERSEKITARAN

Flurido berlebihan sama ada daripada sumber persekitaran atau penggunaan berlebihan ubat gigi boleh menyebabkan flurosis iaitu kelihatan bintik putih pada gigi.

6. GENETIK

Kadang-kadang perubahan warna gigi berpunca daripada genetik keluarga. Ini bermakna sekiranya salah seorang ibu bapa memiliki gigi berwarna kuning, kemungkinan gigi anda juga akan berubah menjadi warna yang serupa.

punca gigi kuning

Untuk memastikan gigi kekal putih dan sihat, boleh cuba langkah pencegahan di bawah ini:

  • Gosok gigi selama dua minit selepas bangun tidur.
  • Pilih ubat gigi yang betul dan selamat.
  • Flos gigi setiap hari.
  • Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang menyebabkan perubahan warna gigi.
  • Kumur menggunakan cecair pencuci mulut selepas makan dan minum.
  • Berhenti merokok untuk elakkan kesan tembakau.

Perubahan warna gigi merupakan perkara biasa tetapi sekiranya anda tidak selesa, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Sumber: Cleveland Clinic, Healthline & Colgate

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×