Selepas memberus gigi, pernah tak belek dan tengok cermin betul-betul sama ada ada karang gigi di celahan gigi kita?
Kadangkala, memberus gigi setiap hari kadangkala tak cukup untuk kita membersihkan gigi dengan baik.
Apakah itu karang gigi?
Karang gigi iaitu tartar atau kalkulus adalah plak yang telah mengeras, jika ianya dibiarkan tanpa dibersihkan.
Apabila kalkulus telah terbentuk, ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul di kawasan tersebut.
Macam anda dapat tengok dalam gambar di bawah, ini adalah karang gigi.
Apakah pula plak gigi?
Plak gigi ini adalah satu komuniti bakteria yang kompleks yang melekap pada sesuatu permukaan. Kerana ianya adalah diluar badan manusia, bakteria ini tidak terjejas oleh antibiotik, ejen antikuman dan sistem ketahanan badan.
Apabila ia atau toksin yang dihasilkan berada dalam tisu, maka pertahanan badan akan mula bertindak dan terhasilkan keradaangan gusi.
Dan kompleksiti plak ini dan kandungan bakteria plak ini akan bertambah mengikut masa, apabila plak yang terjadi dibiarkan tanpa dibersihkan.
Dalam sebuah perkongsian, Dr Muhammad Nazif menunjukkan bagaimana karang gigi boleh terbentuk dengan begitu banyak dalam mulut kita jika ia tidak dibersihkan!
Byk je aku jumpa calculus tebal2 tpi yg ni berbunga2,very2 interestingg🤯boleh buat hantaran🤣aku siapkan scaling bahagian lain dulu,tinggalkan yg bawah ni utk last..macam makan KFC la kan,kulit ayam yg best rangup kita letak tepi dulu simpan utk last..nyum2..haa mcm tu la aku rasa,arhhh nikmatnyerrr🤣
Karang gigi ni terjadi sbb plak,sisa makanan atas permukaan gigi x dibersihkan dengan betul pastu air liur kita ada mineral2 yg akan mengeraskan plak tu.lama2 terbentuk la karang gigi(lebih kurang 10 hari kot bergantung Ph mulut korg,lagi tinggi Ph lagi cepat jadi karang,rokok n byk lagi)
karang gigi ni boleh menyebabkan periodontitis,tulang rahang yg pegang gigi korg musnah..bile da musnah xboleh elok da,menyesal xguna.pasal tu gigi jadi goyang pastu kene cabuttt..
Jaga la kebersihan mulut ye,gosok gigi elok2 jgn cincai2..xsusah pun..klu degil jugak mehh sini aku sagat blakang korg ngn karang ni baru korg tauuu
(Sumber: Muhammad Nazif )
Bagaimana Cara Mencegah & Menghilangkan Karang Gigi?
Untuk pengetahuan anda, karang gigi boleh dihilangkan dengan menjalani prosedur scaling di klinik gigi.
Dr Naqiuddin mengesyorkan setiap orang membuat scaling gigi setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali.
Scaling ini boleh dibuat di klinik gigi kerajaan atau klinik gigi swasta.
Cuci gigi atau scaling ni disarankan setiap 6 bulan sekali.
Jangan culas. Paling kurang pun setahun sekali.
Kesan tak buang karang gigi ni ialah, gusi mudah berdarah, gusi bengkak, gusi bernanah dan akhirnya gigi bergoyang.
Jadi jangan lupa buang karang gigi setiap 6 bulan. pic.twitter.com/26BEqfQ929
— Dr Q (@dr_naqiuddin) September 6, 2019
Sebenarnya, scaling gigi bukan saja membantu mengelakkan karang gigi, tetapi ia juga memberi pelbagai manfaat dan mempunyai kepentingan seperti berikut:
Kebaikan / kepentingan scaling gigi
1. Membersihkan partikel makanan
Meskipun kita menggosok gigi beberapa kali sehari namun sisa makanan masih boleh melekat di celah gigi dan sukar dibersihkan menggunakan berus gigi.
Cuci gigi dapat membantu membersihkan kotoran degil ini yang sukar dicapai dengan berus gigi sekaligus mengelakkan pertumbuhan karang gigi.
2. Membersihkan karang gigi
Karang gigi adalah masalah biasa dialami oleh kebanyakan orang terutamanya pada bahagian belakang gigi. Pertumbuhan plak ini disebabkan oleh campuran baki sisa makanan yang tidak dibersihkan dan air liur sehingga menyebabkan ia mengeras dan melekat pada gigi.
Rawatan cuci gigi dapat membantu mengikis semua kotoran dan karang gigi. Jangan bimbang ia tidak berasa sakit!
3. Menghindari penyakit gusi
Mungkin ada rasa ia tiada kaitan tapi sebenarnya karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi seperti berdarah dan bengkak.
4. Mengelak perubahan warna gigi
Ia bukan memutihkan tetapi apabila karang dibersihkan ia dapat membantu mencegah perubahan warna gigi. Jika rawatan tidak dilakukan, gigi bukan sahaja cepat rosak tetapi warna gigi juga menjadi kuning.
Jadi, lepas ni jangan lupa jaga kebersihan mulut dengan baik ya.
Ibu ayah boleh tunjukkan dekat anak-anak juga gambar karang gigi ini jika mereka ‘malas’ dan selalu lupa berus gigi setiap hari!
Bukanlah mahu menakut-nakutkan mereka, cuma mahu menekankan betapa penting untuk mereka tahu kesan buruk jika tidak menjaga kebersihan gigi dan mulut.