Sihat

Patutlah Popular Dekat Korea, Rupanya Black Garlic Boleh Melawan Sel Kanser!

29
SHARES
KHASIAT BLACK GARLIC

Bawang putih hitam adalah bawang yang telah ditapai dalam keadaan suhu tinggi dan kelembapan tinggi terkawal selama beberapa minggu. Khasiat black garlic adalah mampu membekalkan kebaikan yang diperlukan oleh badan manusia.

Di Korea, memang popular bawang putih hitam ini. Rugi kalau tak amalkan setiap hari.

Baca juga: Asyik Rasa Nak Muntah & Tak Selesa, Cuba Amalkan 3 Minuman Ini Untuk Legakan Gerd

KHASIAT BLACK GARLIC YANG TAK DISANGKA-SANGKA

KHASIAT BLACK GARLIC

1. Mampu melindungi hati

Bawang putih hitam boleh membantu melindungi hati daripada rosak akibat terdedah kepada bahan kimia, ubat-ubatan dan alkolhol.

Kajian mendapati bahawa bawang putih hitam memberikan kesan perlindungan sepenuhnya daripada sebarang penyakit.

2. Melawan sel kanser

Selain itu, black garlic juga mampu melawan sel kanser. Esktak bawang putih menyebabkan sel-sel kanser seperti paru-paru, payudara dan hati mati dalam masa 72 jam.

Sel-sel kanser juga dapat dikurangkan sekiranya mengamalkan bawang putih hitam dalam kehidupan seharian.

3. Boleh melindungi otak

Sebatian dalam bawang putih hitam boleh melindungi kesihatan otak. Bawang putih hitam boleh membantu mencegah keradangan yang menjejaskan ingatan dan fungsi otak.

Sebatian protein yang dipanggil beta amyloid menyebabkan keradangan otak dan meningkatkan risiko penyakit alzheimer.

4. Mengurangkan risiko sakit jantung

Kajian mendapati khasiat black garlic boleh mengurangkan penyakit jantung, termasuk tahap dalam darah jumlah kolesterol, kolesterol LDL (buruk), dan trigliserida.

Ia juga boleh meningkatkan kolesterol HDL (baik). Pengambilan 20 gram ekstrak bawang putih hitam setiap hari selama 6 bulan akan menunjukkan kesihatan jantung yang lebih baik berbanding biasa.

5. Mengawal gula dalam darah

Gula dalam darah yang tinggi dan tidak dikawal, akan menyebabkan penyakit diabetes menghadapi komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, jangkitan kuman dan sakit jantung.

Kajian yang dilakukan mendapati, ekstrak bawang putih hitam berjaya menurunkan kolesterol, mengurangkan keradangan dan meningkatkan selera makan.

Aktiviti antioksidan bawang putih hitam yang ditapai menggunakan bakteria Lactobacillus bulgaricus juga boleh membantu mencegah perkembangan diabetes semasa hamil.

6. Kaya anti oksidan

Black garlic mengandungi lebih banyak anti oksidan berbanding bawang putih mentah. Ini kerana allicin, sebatian yang ada di dalam bawang putih hitam ditukar kepada sebatian antioksidan seperti alkaloid dan flavonoid.

Anti oksidan adalah sebatian yang membantu melindungi sel anda daripada kerosakan dan sebarang penyakit.

KHASIAT BLACK GARLIC

NUTRISI DALAM BAWANG PUTIH HITAM

Nutrien setiap hidangan dalam 15 gram bawang putih hitam:

Kalori: 20
Protein: 5 gram
Lemak: 1 gram
Karbohidrat: 2 gram
Serat: 5 gram
Gula: 4 gram
Vitamin C
Vitamin B (B1, B2, B3, B6)
Folat
Kalsium
Mangan
Magnesium
Fosforus
Zink
Iron

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Guna Air Fryer Dengan Betul, Baru Lebih Selamat & Sihat!

Sumber: Healthline & WebMD

Kredit foto: Healthline & Springmount Fine Food

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×