Sihat

Asyik Rasa Nak Muntah & Tak Selesa, Cuba Amalkan 3 Minuman Ini Untuk Legakan Gerd

38
SHARES
MINUMAN UNTUK GERD

Asid refluks atau gerd boleh dirawat dengan diet yang bersesuaian. Ini bermakna terdapat beberapa senarai makanan dan minuman untuk gerd yang boleh diamalkan untuk melegakan rasa ketidakselesaan itu.

Menerusi perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya, 3 jenis minuman yang dikongsi ternyata memang berkesan dan patut dicuba.

Baca juga: Sedap Memang Sedap Tapi Bahaya Kalau Campur Dua Makanan Ini

SENARAI MINUMAN UNTUK GERD, BARULAH LEGA

MINUMAN UNTUK GERD

1. Minum air kelapa

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Biochemistry and Nutrition, asid refluk dan penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) mungkin disebabkan oleh keradangan pada sistem penghadaman.

Air kelapa tanpa gula boleh menjadi satu pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai asid refluk dan GERD. Ini kerana minuman ini kaya potassium.

Bahan ini menggalakkan keseimbangan pH dalam badan dan seterusnya mengawal asid refluks. Potasium juga tinggi dalam kelapa muda berbanding kelapa tua.

2. Minum air tebu

Kajian telah dilakukan di Australia melibatkan 43 orang menunjukkan air tebu bantu atasi masalah GERD. Kajian ini diterbitkan dalam Journal Nutrients pada tahun 2020.

Hasil kajian menunjukkan 22 orang yang minum air tebu setiap hari menunjukkan pengurangan ketara pedih ulu hati dan pengurangan gejala GERD.

3. Minuman untuk gerd – Minum air kunyit

Menurut kajian pada tahun 2007, penyakit GERD mungkin disebabkan oleh keradangan. Kunyit dikatakan mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang dan boleh melegakan GERD.

4. Kurangkan minum kopi

Beberapa kajian menunjukkan minum kopi berlebihan boleh menyebabkan pelepasan asid gastrik. Rembesan asid gastrik selanjutnya boleh menyebabkan berlakunya refluks, pedih ulu hati dan GERD.

AMALKAN DIET SIHAT UNTUK KURANGKAN GERD

Selain itu boleh juga amalkan pemakanan lebih sihat seperti cadangan di bawah:

– Makan makanan dengan kuantiti kecil tetapi lebih kerap.

– Cuba makan lebih perlahan. Sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap hidangan.

– Elakkan makan sambil lari. Duduk dan nikmati makanan anda.

Elakkan makanan tinggi lemak.

– Elakkan snek lewat malam atau makan sebelum tidur.

– Elakkan daripada berbaring selepas makan. Cuba duduk sekurang-kurangnya sejam selepas selesai makan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak Diet Tapi Teringin Subway…Ini Kalori & Roti Yang Sesuai Untuk Anda Order!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×