“Banyak khasiat air kelapa tapi lepas makan ubat boleh minum ke?”
Selalu kan tertanya-tanya situasi macam di atas? Dah makan ubat tetapi rasa nak minum air kelapa pula. Kata orang selepas makan ubat tak boleh minum air kelapa. Betul ke?
Hal ini kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan ubat tersebut. Sebenarnya, boleh sahaja tetapi ada beberapa perkara yang perlu diketahui. Ikuti perkongsian di bawah supaya anda tak pandang remeh tentang perkara ini!
Baca juga: Jangan Pandang Remeh Batuk Berpanjangan, Mungkin Punca Penyakit Berbahaya!
BANYAK KHASIAT AIR KELAPA TAPI BOLEH MINUM LEPAS MAKAN UBAT KE?
Menurut perkongsian seorang doktor di media sosial, tiada sebarang masalah untuk minum air kelapa selepas makan ubat. Walau bagaimanapun, jika individu itu tersebut ada penyakit darah tinggi dan mengambil ubat tekanan darah, mereka perlu lebih berhati-hati kerana air kelapa tersebut boleh merendahkan tekanan darah.
Tambahnya lagi, bagi mereka yang ada penyakit buah pinggang kronik juga perlu lebih berhati-hati. Hal ini kerana air kelapa tersebut tinggi dengan garam potassium atau garam kalium. Kandungan garam kalium yang tinggi boleh ‘mengacau’ kondisi jantung.
Jadi, tiada sebarang masalah untuk minum air kelapa selepas memakan ubat tetapi perlu lebih berhati-hati sekiranya anda ada masalah darah tinggi dan penyakit sakit buah pinggang kronik. Minumlah secara berpada-pada dan jaga kesihatan diri.
Sumber: TikTok DrChampz