Famili

Stres Susah Membuang? Cuba Resipi Air Telang Selasih Lemon Ini, Boleh Rawat Batuk, Gerd & Sembelit!

13
SHARES
air telang selasih lemon

Pasti tidak selesa jika kerap batuk berpanjangan dalam suatu tempoh masa. Malah, jika kerap senak perut tapi tidak boleh membuang pun sebenarnya satu masalah serta sendawa disebabkan oleh penyakit tidak akan memberikan anda kepuasan. Akan tetapi, resipi air telang selasih lemon dapat menyelesaikan semua permasalahan ini.

Gerd adalah satu penyakit pencernaan yang terjadi apabila makanan atau cecair berasid dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus (laluan antara mulut dan perut). Untuk mengurangkan kesan gerd, resipi air telang selasih lemon ini boleh dicuba! Oleh itu, jom ikuti perkongsian penulis mengenai resipi air telang selasih lemon ini.

Baca juga: Ini 4 Amalan Rawatan Alternatif Untuk Legakan Sakit Tekak & Batuk, Mujarab!

RESIPI AIR TELANG SELASIH LEMON

air telang selasih lemon

Bahan-bahan:

  • 20 helai bunga telang – Rebus kosong atau campur molases/orcs
  • 1 sudu besar biji selasih
  • Air suam
  • Lemon/peach/pear/epal/dragon bagi yang pass

Air ini bertujuan untuk menyejukkan badan, meredakan reluks, batuk, sembelit dan kahak yang biasa terjadi pada penghidap gerd. Bahan semulajadi, barang yang mudah didapatkan di pasaran dan juga cara penyediaan yang senang, boleh anda cuba untuk kurangkan kesan penyakit gerd pada diri.

Tapi bagaimana cara untuk mengetahui anda penghidap gerd? Berikut merupakan simptom gerd yang lain:

air telang selasih lemon

  • Pedih ulu hati
  • Sukar menelan makanan
  • Simptom semakin teruk ketika baring seperti sakit dada, pedih ulu hati dan ‘heartburn’
  • Kerap sakit tekak dan batuk kering
  • Rasa masam atau pahit dalam mulut
  • Makanan terkeluar semula dan
  • Sakit dada

air telang selasih iman

Jika mendapati simptom di atas, anda boleh cuba mengamalkan resipi air telang selasih lemon ini dengan harapan ia akan mengurangkan gejala-gejala yang anda hadapi. Sebelum berjumpa pakar perubatan, apa yang boleh anda lakukan adalah berusaha terlebih dahulu dengan mencuba resipi minuman ini.

Gerd adalah penyakit yang semestinya boleh sembuh dengan pelbagai kaedah. Namun, jika keadaan masih teruk, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya di hospital mahupun di klinik.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dhia Raihana & Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×