Sihat

Kenapa Terlampau Kerap Sendawa? Jangan Ambil Remeh, Mungkin Ini Tanda Badan Tak Sihat!

19
SHARES

“Aku ni asyik sendawa je dari tadi, perut masuk angin agaknya…”

Kerap sendawa adalah situasi yang selalu dialami apabila seseorang itu tidak makan pada waktunya. Tetapi, apabila anda tidak makan mengikut waktu yang telah ditetapkan, anda sebenarnya berpotensi untuk menghidap gastrik.

Namunl, apabila terlampau kerap sendawa sebenarnya akan membawa anda kepada masalah penyakit yang lain. Mungkin dalam kalangan kita yang berfikir bahawa ini adalah perkara yang biasa. Namun, ini adalah perkara yang anda perlu elakkan seperti dalam pengambilan makanan seharian.

KERAP SENDAWA, APAKAH PUNCANYA?

Sendawa adalah tindak balas semula jadi badan untuk mengeluarkan angin atau gas daripada perut atau dari sistem penghadaman bagi mengurangkan rasa tidak selesa.

Seseorang yang mengalami masalah perut kembung ini akan merasa lebih selesa apabila melakukan sendawa. Tetapi jika terlalu kerap sangat sendawa, ia juga boleh disebabkan masalah lain yang perlu dirawat supaya ia tidak menjadi semakin teruk ataupun menyebabkan komplikasi yang lain.

PUNCA SENDAWA BUKAN DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN

1. Udara yang ditelan semasa makan (aerofagia)

Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ia boleh berlaku ketika makan atau minum dengan secara cepat. Aerofagia juga boleh berlaku ketika:

1. Makan sambil bercakap

2. Memakan gula getah

3. Merokok

4. Mengalami masalah serangan kebimbangan

5. Menggunakan gigi palsu yang tidak melekat dengan sempurna

2. Makanan dan minuman yang menyebabkan sendawa

1. Kekacang

2. Kacang

3. Brokoli

4. Bunga kobis

5. Pisang

6. Kobis

7. Bawang

8. Roti gandum

9. Minuman berkarbonat

10. Minuman beralkohol

11. Minuman tinggi kafein

3. Ubat-ubatan

1. Ubat tahan sakit daripada kategori ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti naproxen, ibuprofen, aspirin, asid mefenamik.

2. Ubat sembelit seperti laktulosa atau sorbitol.

PUNCA SENDAWA DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN

1. Gastroesophageal reflux disease (GERD): Keadaan dimana asid daripada dalam perut ternaik semula ke dalam saluran esofagus

2. Masalah gastrik

3. Ulser dalam perut

4. Jangkitan Helicobacter pylori

RAWATAN

Sendawa biasa selalunya tidak memerlukan rawatan dan akan hilang dengan sendirinya. Tetap jika ia terlalu kerap, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Antara yang perlu dilakukan ialah kita kena tahu makanan yang menyebabkan masalah kerap sendawa. Cuba elakkan dari makan terlalu cepat, elakkan daripada memakan gula getah dan elakkan minum air berkarbonat. Betulkan gigi palsu jika mempunyai sebarang masalah.

Bagi tujuan perubatan pula, beberapa ujian akan dibuat jika didapati anda mengalami penyakit yang disyaki oleh doktor. Antaranya ialah :

1. Oesophago-gastro-duodeno scope (OGDS): Prosedur memasukkan kamera ke dalam perut untuk melihat kawasan tersebut mempunyai masalah gastrik ataupun GERD

2. Ujian Helicobacter pylori: Untuk mengesan sama ada masalah gastrik pesakit adalah disebabkan jangkitan bakteria H pylori tersebut ataupun tidak.

Sumber: Dr.Zubaidi Hj. Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×