Batuk boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Batuk ialah satu tindak balas semulajadi yang berlaku apabila terdapat bendasing dan kuman yang perlu disingkirkan. Batuk membantu menghalang jangkitan kuman daripada menyerang saluran penafasan dan memasuki paru-paru.
Jika anda mengalami masalah batuk berpanjangan, apa kata cuba 9 sumber alam yang bagus untuk hilangkan batuk seperti perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya.
Baca juga: Ini Kebaikan Kunyit & Lada Hitam Yang Ramai Tak Tahu, Bagus Untuk Melawan Virus
9 SUMBER ALAM BAGUS UNTUK HILANGKAN BATUK, BARU TEKA LEGA
Memandangkan sekarang ini agak panas, ramai antara kita mungkin mengalami masalah batuk. Disertakan disini sumber alami untuk bantu atasi masalah batuk:
1. Minum air serbuk halia
Apabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol. Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.
2. Makan nanas
Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
3. Minum madu asli
Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
4. Minum yoghurt atau madu kelulut
Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
5. Minum air limau nipis bersama madu
Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus. Caranya adalah dengan tambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
6.Hidu bawang merah
Bawang Merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
7. Minum air kunyit
Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.
8. Minum air kayu manis
Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
9. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam.
Selamat mencuba. Jika batuk berpanjangan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera.
Sumber: Facebook Dr Suri Roowi