Sihat

Ini Kebaikan Kunyit & Lada Hitam Yang Ramai Tak Tahu, Bagus Untuk Melawan Virus

539
SHARES

Kunyit dan lada hitam merupakan antara bahan sering digunakan dalam masakan seharian. Tanpa kita ketahui, sebenarnya kunyit dan lada hitam mempunyai kebaikan untuk kesihatan diri kerana boleh membantu mengatasi masalah jangkitan virus.

Bagi anda yang tidak tahu kebaikan kunyit dan lada hitam dalam kehidupan seharian, ikuti perkongsian lanjut seorang saintis dikenali sebagai Dr Suri Roowi di laman Facebooknya.

Baca juga: Doktor Pesan Jaga Pemakanan Waktu Raya, Lemak Terkumpul Punca Serangan Jantung

INI KEBAIKAN KUNYIT & LADA HITAM, BAGUS UNTUK MELAWAN VIRUS

Kunyit dan lada hitam bantu atasi masalah jangkitan virus (Ko-v-it)? Saya tertarik dengan Kajian Saintis pada tahun 2021 yang telah diterbitkan dalam Jurnal Saintifik – Frontiers in Pharmacology (sila rujuk gambar) tentang kebaikan kunyit dan lada hitam untuk atasi masalah jangkitan virus.

Kunyit boleh bertindak sebagai antiradang, antioksidan, anti kanser dan merupakan satu sumber penting untuk membantu mengatasi masalah jangkitan virus. Kajian telah dilakukan di Pusat Kesihatan di Maharashtra, India. Pesakit diberikan dengan kunyit dan lada hitam.

Bahan khasiat dalam kunyit dikenali sebagai kurkumin manakala bahan khasiat dalam lada hitam dikenali sebagai piperine. Pengunaan lada hitam adalah untuk bantu tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dalam tubuh.

Dos yang diberikan adalah dalam bentuk tablet dan diberikan pada kadar 2 kali sehari. Setiap tablet mengandungi kurkumin (525 mg) dengan piperine (2.5 mg).

PESAKIT MENUNJUKKAN PEMULIHAN GEJALA DEMAM & BATUK

Hasil kajian mendapati – Pesakit dengan simptom ringan, sederhana dan teruk yang menerima tablet kunyit dan lada hitam menunjukkan pemulihan gejala awal. Ini dilihat dengan pengurangan demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas yang ketara.

Rawatan menggunakan kunyit dan lada hitam juga boleh mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital. Hasil kajian juga menunjukkan kadar kematian yang lebih rendah diperhatikan pada kumpulan yang diberi tablet kunyit dan lada hitam

Untuk mudah, boleh guna kunyit dan lada hitam yang ada di dapur kita. Wallaua’lam. Moga bermanfaat dan moga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik berpanjangan. Amin.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×