Sihat

Doktor Pesan Jaga Pemakanan Waktu Raya, Lemak Terkumpul Punca Serangan Jantung

2
SHARES

Sudah hampir dua minggu umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang penuh makna bersama seisi keluarga. Tidak dinafikan, perayaan tahun ini agak meriah berbanding tahun sebelumnya kerana tidak dapat beraya bersama ibu bapa di kampung.

Walaubagaimanapun, dalam sibuk kita beraya pemakanan perlulah dijaga juga supaya tidak memudaratkan kesihatan kerana semua hidangan sewaktu perayaan mempunyai jumlah kalori yang agak tinggi.

Baca juga: Patutlah Berat Tak Turun, Rupanya Ini 7 Tanda Usus Anda Tidak Sihat

JAGA PEMAKANAN WAKTU RAYA, LEMAK TERKUMPUL PUNCA SERANGAN JANTUNG

Perkara ini diulas dengan lebih lanjut oleh Dr Hana Hadzrami dan beliau berkata setiap kalori yang diambil secara berlebihan tanpa digunakan akan bertukar menjadi lemak. Lemak tersebut akan berkumpul dalam tubuh dan menyaluti organ tubuh badan seseorang individu.

Hujung minggu ni trafik sesak merata tempat terutama di Lembah Klang. Ramai yang berziarah raya. Ziarah raya tu bagus, merapatkan ukhwah dan silaturrahim. Namun sebaiknya jaga juga pemakanan ya.

Kalori yang diambil berlebihan tanpa digunakan akan bertukar menjadi lemak simpanan dalam tubuh. Kalau lemak berkumpul bawah kulit tu tak mengapa lagi. Tapi selalunya lemak akan berkumpul dalam tubuh dan menyaluti organ tubuh.

Ini yang dipanggil visceral fat. Ini adalah contoh visceral fat yang menyaluti satu buah pinggang yang bakal didermakan untuk transplan buah pinggang.

Tambahnya juga, lebih satu jam pakar bedah mengambil masa untuk mengasingkan lemak dari buah pinggang. Hal ini kerana salur darah telah disaluti oleh lemak.

Lebih sejam pakar bedah ambil masa nak asingkan lemak dari buah pinggang untuk menampakkan salur darah buah pinggang. Dah nampak mana vena mana arteri barulah boleh ditanamkan buah pinggang tersebut pada penerima.

LEMAK BOLEH MENYEMPITKAN SALUR DARAH

Berpeluh sakan pakar bedah nak ‘menggali’ lemak buah pinggang tu padahal belum bermula transplan lagi. Empunya buah pinggang tersebut tidaklah segemuk mana; tubuh setakat berisi. Namun lemaknya banyak berkumpul disekeliling organ tubuh.

Visceral fat adalah berbahaya kerana ia menyebabkan keradangan tisu dan organ tubuh serta menyempitkan salur darah. Ia antara penyumbang utama penyakit diabetes, sakit jantung dan stroke.

Visceral fat tak boleh dibuang melalui proses liposuction. Hanya boleh dikurangkan dengan cara menjaga pemakanan (clean eating) dan bersenam.

Lemak yang boleh disedut keluar hanyalah dari bawah kulit dan lemak bawah kulit tidaklah sebahaya lemak viscera. Bawa beringat ya kawan-kawan bila makan juadah rumah terbuka tu. Sama-samalah kita insaf.

Sumber: Facebook Hana Hadzrami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×