Sihat

Patutlah Berat Tak Turun, Rupanya Ini 7 Tanda Usus Anda Tidak Sihat

65
SHARES

Banyak kajian dalam dua dekad yang lalu telah menunjukkan keberkaitan antara kesihatan usus dengan sistem imun, mood, kesihatan mental, penyakit autoimun, gangguan endokrin, keadaan kulit dan kanser.

Banyak aspek kehidupan moden seperti stres, tidak cukup tidur, makan makanan yang diproses dan tinggi gula semuanya boleh merosakkan mikrobiom usus kita. Oleh yang demikian, bagaimana nak tahu yang usus kita tidak sihat? Seorang pengguna TikTok @muhainiidris_coach telah berkongsi tanda-tanda yang usus anda tidak sihat.

Baca juga: Cara Mudah Nak Tingkatkan “Happy Hormone” Supaya Tak Selalu Stres

7 TANDA BAHAWA USUS ANDA TIDAK SIHAT

tanda tanda usus kotorTerdapat beberapa tanda yang usus yang tidak sihat kerana badan kita sendiri yang menunjukkannya. Berikut adalah tujuh tanda yang paling biasa:

1. Senang naik berat badan

Bertambah atau menurunkan berat badan tanpa membuat perubahan pada diet atau tabiat pada senaman anda mungkin menunjukkan tanda usus yang tidak sihat.

2. Susah nak turunkan berat badanBerat Badan Naik Drastis Tiba-Tiba, Kenali 8 Penyebabnya : Okezone LifestyleUsus yang tidak seimbang boleh menjejaskan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien, mengawal gula darah dan menyimpan lemak. Jadi apabila nak turunkan berat badan, agak susah.

3. Kulit kusam dan berjerawatAnti-Kusam, Begini Cara Alami Bikin Wajah Cerah - BerkeluargaKeadaan kulit seperti kusam dan berjerawat amat berkait rapat dengan usus yang rosak. Keradangan dalam usus yang disebabkan oleh diet yang tidak betul atau alahan makanan boleh menyebabkan peningkatan “kebocoran” protein tertentu keluar ke dalam badan, yang seterusnya boleh merengsakan kulit.

4. Cepat letih dan lesuThis Is Why You Burn Fewer Calories When You're Tired | Prevention

Usus yang tidak sihat boleh menyumbang kepada gangguan tidur seperti insomnia atau kurang tidur, dan seterusnya menyebabkan keletihan dan badan terasa lesu. Majoriti serotonin badan, hormon yang mempengaruhi mood dan tidur, dihasilkan dalam usus. Jadi kerosakan usus boleh menjejaskan keupayaan anda untuk tidur dengan baik.

5. Masalah pencernaan

How Your Gut Health Affects Your Whole BodyGangguan perut seperti gas, kembung perut, sembelit, cirit-birit, dan pedih ulu hati semuanya boleh menjadi tanda usus yang tidak sihat. Usus yang seimbang akan ada masalah kesukaran memproses makanan dan menghapuskan sisa

6. Senang hilang fokus

Hilang fokus juga merupakan menjadi salah satu tanda usus tidak sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana hormon merupakan zat kimia yang dihasilkan oleh sel endokrin di mana tempat terjadinya serapan hormon ini adalah di usus.

Setelah diproduksi, hormon akan memasuki aliran darah dan dikirimkan ke sel yang memerlukannya.

7. Mulut dan badan berbauPunca Mulut Berbau dari Perut | Colgate® MYPaling tak best apabila mulut dan badan berbau. Mungkin kita pelik kenapa ada sesetengah orang badannya sangat berbau walaupun tidak berpeluh. Rupa-rupanya ini adalah satu tanda yang usus kita tidak sihat

Akan tetapi, untuk mengetahui jika usus anda benar tidak sihat, pergilah mendapatkan nasihat profesional seperti doktor. Ini hanya tanda-tanda sahaja tau!

Video penuh:

@muhainiidris_coach

#shouldbeme 7 TANDA USUS KOTOR #ususkotor #beratsusahturun #coachmuhainiidris #coachturunberat #coachkurusonline

♬ original sound – Coach Muhaini Mohamed Idris – Coach Muhaini Mohamed Idris

Sumber: TikTok @muhainiidris_coach, Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×