Hebahan

Belum Terlambat Untuk Mulakan Gaya Hidup Sihat, Ini 4 Aktiviti Yang Boleh Anda Cuba!

306
SHARES

Bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nak ajak orang ramai untuk mula bergerak aktif sebagai salah satu usaha untuk membudayakan gaya hidup sihat.

Ehem.. Kita pun bukanlah makin lama makin muda betul tak? Kesihatan tu kena jaga tau. Jadi, min memang sambut baik usaha yang dijalankan KKM ni.

Paling best, siap ada pelbagai hadiah istimewa menanti anda yang dah sedia nak jalani gaya hidup lebih aktif dan sihat!

Mulakan dengan berjalan!

Tak larat nak lakukan aktiviti senaman berat? Haa.. Jom mula dengan perbanyakkan langkah harian! Aktiviti riadah ni bukan je baik untuk kesihatan tapi juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan jika dilakukan bersama-sama.

Tak perlu berjalan jauh pun, cukup sekadar pusing-pusing kawasan perumahan pun dah okay. Apa yang penting adalah konsistensi!

Seperti @aisyanator, yang mengambil peluang untuk melakukan aktiviti riadah bersama anaknya. Comel!

@aisyanator @myhealthkkm @Mamatgotnochill #bmss #sihatsepanjanghayat #satuduasihat ♬ Funny Song – Cavendish Music

Menurut MedlinePlus, sesi senaman untuk orang dewasa ialah 30 minit sehari! Senaman yang dipilih seeloknya intensiti sederhana seperti berjalan pantas, berjoging, berenang, berbasikal, bermain badminton atau mendaki bukit.

Kalau tak sempat untuk ke taman atau ke gym tak apa, sebab senaman ni dekat mana-mana pun boleh buat. Sambil tonton rancangan kegemaran atau sambil kemas rumah pun sudah memadai.

Cari aktiviti yang boleh menggerakkan bahagian badan yang berbeza. Lebih-lebih lagi kalau kita berkerja sentiasa menghadap komputer tanpa bergerak. Ha anda perlu cari aktivti yang boleh mengerakkan seluruh tubuh badan- kaki, pinggul, dada, perut, bahu dan lengan.

Ulang pergerakan bagi setiap bahagian otot sebanyak lapan hingga 12 kali untuk satu sesi.

Sambil bersenam tu, apa kata anda cipta laluan untuk Larian Kreatif ni!

Jadi kreatif tak semestinya dalam bidang seni sahaja, anda juga boleh serlahkan kreativiti serta ketangkasan anda dengan cipta laluan paling menarik untuk Larian Kreatif.

Saudara Mohd Ridhwan Ab Wahab, tampil kreatif dengan mencipta trek Larian Kreatif berbentuk ikan siakap.

Ujarnya, kita kena seimbangkan makanan dan aktiviti beriadah untuk gaya hidup sihat.

Nak kekal aktif di rumah je pun boleh! Jom kita ber-Gerak Geri Sihat!

Siapa kata buat kerja rumah boring? Salah okay, anda boleh kekal aktif dengan tambahkan sedikit kreativiti seperti mencipta gerak tarian sambil melakukan kerja-kerja di rumah.

Tengok sajalah gaya @fizcall yang bukan main bersemangat lagi urushkan kerja rumah tu. Haa.. Bukan je rumah bersih, malah badan pun lebih sihat bila kita aktif bergerak.

@fizcall Jom Begerak Aktif Agar kita kekal sihat #GerakGeriSihat #sihatsepanjanghayat @myhealthkkm ♬ original sound – Fizcall

Gaya hidup sihat sebenarnya tak susah pun diamalkan kalau anda pilih aktiviti yang anda gemar lakukan, sebaliknya ia akan buat anda rasa lebih bersemangat untuk bersenam.

Contohnya macam apa yang @nabilheff kongsikan di laman Tiktok, boleh main bola keranjang dan lakukan senaman ringan bersama isteri tersayang.

@nabilheff_ gaya hidup sihat bersama isteri @myhealthkkm @Mamatgotnochill #satuduasihat #bmss #sihatsepanjanghayat ♬ original sound – NabilHeffeny

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×