Apabila bergelar ibu bapa, pasti antara perkara yang diutamakan adalah makanan berkhasiat untuk anak. Ini kerana nutrisi yang mencukupi boleh membantu perkembangan si manja.
Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, ketam merupakan antara makanan paling sesuai dan mudah kerana mengandungi pelbagai kebaikan.
Baca juga: Si Kecil Malu Pakai Barang Murah? Parent, Ajar Anak Jangan Pilih Jenama, Boleh Bawa Masalah Mental!
MAKANAN BERKHASIAT UNTUK ANAK MUDAH JE, BOLEH BAGI KETAM
Ketam antara makanan untuk kuatkan otak anak kerana mengandungi omega 3 untuk pertumbuhan otak yang optimum. Ada kajian menyatakan bahawa, bila ambil makanan laut seperti ketam sekali seminggu, ia boleh mengurangkan risiko penyakit dementia dan alzhiemer iaitu pelupa. Menarik kan?
Ibu bapa dinasihatkan untuk memberi anak ketam seminggu sekali atau sebulan sekali apabila si kecil sudah berusia satu tahun ke atas.
Antara khasiat lain ketam untuk anak adalah:
2. Kurangkan risiko anemia, ketam ada kandungan folate dan vitamin B12, penting untuk sel darah merah anak.
3. Penting untuk pertumbuhan otot anak, ketam padat dengan kandungan protein.
4. Bagus untuk sistem imun kerana tinggi kandungan zink.
5. Baik untuk sistem saraf, dengan kandungan vitamin B12, selenium dan copper dalam ketam.
Semua ini, ada dalam real food ketam. Bukan jejari ketam yang tinggi pengawet, MSG, pewarna dan perasa. Ini bukan ketam sebenar.
Bila kita banyak ambil real food sebagai makanan utama anak-anak, mereka tidak lagi perlukan supplement tinggi gula untuk otak mudah belajar, fokus dan cepat ingat.
Sebenarnya bila sediakan makanan untuk perut anak, kita juga tengah sediakan makanan untuk otak dan hati anak. Apa yang baik di perut, baik juga untuk otak dan hati.
Semoga bermanfaat dan sama-sama kita ubah!
Baca juga: Nak Bayi Cepat Bijak Seiring Usia, Ibu Boleh Rangsang Deria Si Comel Dengan Cara Ini
Sumber: Facebook Dr Mazliana Mazlan