Perkongsian artikel kali ini adalah mengenai petua turunkan kencing manis dan darah tinggi namun agak berbeza dengan cara sebelum ini kerana hanya menggunakan 2 bahan utama sahaja.
Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastinya kecewa sekiranya pelbagai petua dicuba namun keputusan pemeriksaan kesihatan masih lagi sama. Jadi, jangan risau kerana petua di bawah ini pasti mujarab!
Baca juga: Amalkan Jus Ini Setiap Hari Untuk Kesihatan Jantung, Nak Pergi Klinik Pun Tak Takut Dah!
PETUA TURUNKAN KENCING MANIS & DARAH TINGGI
Dua bahan di bawah ini berperanan penting dalam melancarkan peraliran darah dan sistem badan. Rugi kalau tak pernah cuba!
Bahan-bahan:
- Sebiji timun
- Cincau tanpa gula
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar timun dengan satu gelas air.
2. Kemudian, tapis dan ambil airnya sahaja.
3. Selepas itu, masukkan cincau tanpa gula ke dalam jus tersebut dan kisar halus semuanya.
4. Sedia untuk diminum pada waktu pagi dan malam selama 1-2 minggu.
Setelah itu, anda boleh minum air ini 2 hingga 3 hari sekali. Petua turunkan kencing manis dan darah tinggi ini juga boleh meredakan sakit tapak kaki serta tumit.
Semoga artikel perkongsian mengenai petua turunkan kencing manis dan darah tinggi ini dapat memberi manfaat buat anda semua. Selamat mencuba!
Baca juga: Doktor Kongsi Tips Persediaan Pesakit Dialisis Pergi Umrah, Salah Langkah Boleh Ragut Nyawa!
Sumber: Facebook Mohd Izul