“Alamak nak diet. Tak boleh minum air manis”
Ungkapan di atas sering kali kita dengar setiap kali ingin amalkan gaya hidup sihat. Namun, menerusi perkongsian Arif Sukri di laman Facebooknya, air manis masih boleh diambil walaupun anda ingin diet.
Jelasnya, 5 cara ini boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian terutamanya bagi mereka yang pertama kali ingin mengurangkan pengambilan air manis.
Baca juga: Kulit Wajah Makin Cantik & Anjal Bila Makan Jagung Muda, Rugi Siapa Yang Belum Tahu!
TAK PERLU ‘CUT’ MINUM AIR MANIS BILA NAK DIET, INI CARANYA
Ramai ingat diet mesti wajib berhenti minum air manis. Sampai terketar-ketar badan selama seminggu. Sebenarnya tak perlu, jika kita tahu cara pengawalan gula.
Ini 5 cara yang boleh bantu anda kawal minum air manis:
1. Jadualkan pengambilan air manis
Katalah sebelum ini air manis sehari 3-4 gelas. Sarapan, makan tengahari, minum petang sampai ke malam. Cuba ubah kepada sehari 1-2 cawan sahaja. Pagi atau petang sahaja contohnya.
2. Kurangkan kuantiti gula dalam minuman
Sebelum Ini mungkin pengambilan gula sampai 3 hingga 4 sudu. Jadi bila dah mula nak kawal boleh buat 1-2 sudu sahaja. Jangan lebih-lebih lagi dah.
3. Kurangkan minuman ada susu pekat manis
Ramai tak perasan, susu pekat manis mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Satu sudu teh susu pekat manis mempunyai 12 gram gula di dalamnya.
Itu baru satu sudu teh. Kalau 3 sudu, 4 sudu, macam mana? Jadi daripada minum teh ais, apa kata tukar kepada teh o ais. Daripada kopi susu ais, tukar kepada kopi o ais.
4. Ganti kepada air manis lebih sihat
Selain itu, boleh juga gantikan minuman manis kepada yang lebih sihat. Minum air buah tanpa gula kerana dalam buah sendiri dah ada gula. Jadi, tak perlu tambah lagi gula tambahan atau krimer manis yang lain.
5. Boleh gantikan dengan stevia
Cari steavia yang berkualiti dan bagus sebagai gantian manisnya gula. Selain 0 kalori. Ia juga bantu untuk kita dapat sikit kurangkan keinginan untuk minuman manis.
Walau bagaimanapun, air kosong sudah pastinya adalah pilihan yang paling baik. Kosong kalori, tak ada lemak, kolesterol dan menghilangkan dahaga.
Namun jika kita baru nak mula kurangkan minum air manis, ubah secara perlahan-lahan rutin sedia ada agar badan tidak terkejut dengan perubahan tersebut.
Dah lama sikit, pasti sudah terbiasa. Semoga artikel ini memberi manfaat!
Baca juga: Petua Rawat Gout Atau Masalah Kesihatan Lain Guna Daun Sirih Cina, Ternyata Memang Mujarab!
Sumber: Facebook Arif Sukri