Dapur

Bahulu Mini Buat Sendiri Di Rumah, Tak Payah Guna Oven Tetap Elok Kejadiannya!

1
SHARES
bahulu mini

Bahulu mini merupakan antara juadah minum petang yang popular dan dipadankan bersama teh o panas. Selain membelinya di kedai, anda juga boleh membuat sendiri bahulu mini seperti perkongsian di bawah.

Lebih menarik lagi, resepi bahulu mini ini hanya menggunakan dapur gas sahaja dan tidak memerlukan oven. Jom kita cuba buat sendiri!

Baca juga: Resepi Pancake Pandan Gebu Bersama Inti Kastard, Rasa Berlemak Buat Lagi Ketagih!

CARA BUAT BAHULU MINI GARING, MAKAN PANAS-PANAS SEDAP

BAHULU MINI

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 1 1/4 cawan
  • Telur gred A 4 biji
  • Gula secawan
  • Esen vanila sesudu kecil

Cara-cara penyediaan bahulu mini:

1. Pukul telur, gula dan esen vanila sehingga kembang.

2. Kemudian, masukan tepung gandum dan pukul lagi sehingga adunan sebati.

3. Setelah adunan sebati, boleh bakar menggunakan dapur. Saya bakar mengguna popcake maker yang dibeli secara atas talian.

4. Apabila bahagian bawah bahulu mini nampak kekuningan atau garing, boleh angkat dan perlahan api.

Mudah sahaja kan pembuat bahulu mini ini? Boleh buat banyak-banyak dan simpan di dalam bekas kedap udara. Bila nak makan, tinggal keluarkan sahaja.

Selain itu, resepi bahulu mini juga boleh dijadikan jualan untuk menambah pendapatan harian.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Resepi Puding Susu Gula Melaka Lembut ‘Menggedik’, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Sumber: Facebook Tengku Maya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×