Suami Isteri

Nak Isteri & Anak Bahagia Till Jannah, Suami Kena Buat 30 Tips Ini. Bukan Fokus 1 Benda Sahaja

27
SHARES
KELUARGA BAHAGIA

Memilki keluarga bahagia sudah tentunya impian setiap orang. Suami dan isteri memainkan peranan penting dalam mencorak rumah tangga agar kekal indah.

Bukan nafkah sahaja perlu diambil kira tetapi suami juga perlu amalkan 30 tips keluarga bahagia seperti perkongsian di bawah. Baru isteri happy!

Baca juga: Isteri Kalau Nak Merajuk Kena Ada Tekniknya, Kalau Tak Boleh Jadi ‘Bala’ Rumah Tangga

30 TIPS KELUARGA BAHAGIA UNTUK PARA SUAMI AMALKAN

KELUARGA BAHAGIA

1. Kalau isteri bergaji RM3K dan anda bergaji RM4K, pendapatan isi rumah tetap hanya RM4,000 sahaja.

2. Minta maaf dulu walaupun kita tak bersalah. Say sorry and straight masuk dapur cuci periuk. Sentiasa maafkan isteri tercinta.

3. Jangan mengeluh kalau tunaikan tanggungjawab. Jangan sekali pernah cakap penat kalau tunaikan amanah sebagai suami.

4. Wife first, anak second. Anak first, kerja second.

5. Jangan tinggikan suara serentak. Ikut turn.

6. Gigit lidah, paksa juga zip mulut bila dia buat sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Terima itu kekurangan dia.

7. Jangan tidur dalam keadaan marah. Cinta tak padamkan kemarahan, tapi kesabaran boleh matikan api kemarahan. Selamat datang ke alam kesabaran.

8. Bila dia buat salah, lelaki kena minta maaf. Bila suami buat salah, suami juga minta maaf. Simple.

9. Isteri tak pernah fikir pasal cerai. Hidup bersama elok-elok.

10. Apa pun jadi tetap bersama.

11. Kalau berbeza pendapat, terima pendapat dia. Trust your wife six sense.

12. Jaga kebersihan rumah. Penting!

13. Jangan gembira terlampu sangat bila dengan kawan.

14. Kerja paling sukar di seluruh dunia adalah menjaga anak. Ini adalah fakta.

15. Tidak akan ada pergaduhan bila suami duduk lipat baju depan TV. Mustahil berlaku apa-apa pertengkaran situasi itu.

16. Kalau kecil hati dengan isteri, ingat Allah sayang kita.

17. Jangan sesekali letak apa-apa expectation selepas kahwin.

18. Setiap weekend ambil alih kerja jaga anak. Dari anak bangun sampai anak tidur.

19. Dont show your tears. Kan Allah sayang kita. Kekuatan kita hanya pada Dia.

20. Kalau isteri tak pasti nak makan nasi atau mee, beli dua-dua.

21. Jangan tangguh apa keinginan isteri.

22. Don’t try to explain your financial position. Manage it. Kalau short setiap bulan, ingat kan Allah sayang kita?

23. Solat

24. Minta pendapat isteri dalam apa jua keputusan.

25. Jangan cuba buat six pack kalau isteri tengah sibuk menjaga anak.

26. Jangan suka bagi statement tergantung.

27. Jangan tiba-tiba tukar rutin seharian.

28. Jadi kuat bila isteri tengah sedih atau lemah.

29. Jangan menipu dan sentiasa setia.

30. Jangan anggap isteri faham kita. Apa-apa pun, Allah sayang kita.

Terapkan 30 tips ini, insyaAllah dengan izinNya akan bahagia hingga syurga.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cik Abang Makan 9 Buah Ini Agar ‘Senjata’ Tegang Lama, Barulah Cinta Makin Hangat!

Sumber: Facebook Lukman Alhakim Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×