Suami Isteri

Isteri Kalau Nak Merajuk Kena Ada Tekniknya, Kalau Tak Boleh Jadi ‘Bala’ Rumah Tangga

52
SHARES
ISTERI SUKA MERAJUK

Bergelar pasangan suami isteri pasti ada pasang surutnya. Tak salah jika isteri suka merajuk tetapi perlulah berpada-pada sehingga tidak menjadi ‘bala’ dalam rumah tangga.

Sekiranya merajuk berpanjangan dan menyusahkan ramai pihak, lama kelamaan ia mungkin akan menyebabkan cinta dan sayang makin pudar.

Baca juga: Mati Pucuk & Pancut Awal Masalah Kaum Lelaki Selalu Hadapi, Ketahui Ini Perbezaanya

ISTERI SUKA MERAJUK BOLEH JADI ‘BALA’ RUMAH TANGGA

ISTERI SUKA MERAJUK

Jadi, buat para isteri di luar sana kalau nak merajuk, ikut tips di bawah:

1. Merajuk pada hal yang sepatutnya 

Jadikan merajuk anda ekslusif. Jadikan merajuk anda sebagai senjata halus yang digunakan pada waktu penting sahaja. Jangan bazirkan pada hal-hal yang terlalu remeh.

Contoh: suami lupa maklum balik lewat.  Ingat, sebahagian orang lelaki kalau merajuk benda remeh temeh ini akan nampak mengada, over dan menyusahkan.

2. Jangan terlalu kerap

Mungkin anda rasa suami dah tak sayang anda sebab suami dah tak pujuk. Berbeza waktu awal kahwin dulu. Tapi hakikatnya anda merajuk 7 kali sehari mengalahkan solat 5 waktu. Jadi menyebabkan suami sudah ‘imune’ dengan rajukan anda.

3. Jangan terlalu lama

Janganlah merajuk selama 5 hari untuk suatu sebab. Takut-takut kita merajuk 5 hari, suami dah keluar ikut tabligh 40 hari. Tak ke menyesal kita.

Bahaya kalau lama-lama. Semakin memendam rasa dan semakin parah dialog diri, semakin menekan diri sendiri apabila soalan yang asyik keluar “bila suami aku nak pujuk ni?”

4. Merajuklah dengan sebab sayang

Jangan merajuk dengan sebab marah dan benci. Bila merajuk, kita akan fokuskan pada perasaan itu. Kalau benci akan jadi semakin benci. Bila dipujuk lambat pulih. Kalau sebab sayang, sedikit usaha memujuk terus berkesan & makin sayang.

5. Jangan abaikan tanggungjawab 

Merajuk macam mana sekali pun, jangan abaikan tanggungjawab. Jaga makan minum suami anda. Jangan berdosa dalam merajuk. Takut jadi keadaan makin teruk. Allah tak reda dan Allah tak bantu. Terkontang-kantingkah kita dengan emosi kita seorang diri.

6. Hargai usaha pasangan memujuk 

Tak semua suami pandai memujuk. Bahkan banyak yang jenis batu gunung, kayu besbol, paku besi dan lain-lain. Jadi bila nampak ada sedikit usaha untuk memujuk walaupun kecil, cepat-cepat hargai.

7. Pujuklah diri sendiri andai suami juga tidak memujuk 

Kerana merajuk tidak berkesan dengan suami anda. Suami anda bukan tergolong dalam golongan ahli pujuk. Jadi kenapa masih nak menggunakan senjata yang tidak lagi memberi kesan? Tapi yang penting, dia sayang anda melalui tindakannya walaupun jarang diucap dengan kata-kata.

8. Jagalah adab & maruah walaupun merajuk

Jangan merajuk di tempat awam sampai suami stress. Jangan merajuk di depan mertua, jangan buat muka. Jangan merajuk di saat suami sangat tertekan kerana dibuang kerja dan lain-lain. Jagalah air muka dan maruah suami.

Ingat para isteri di luar sana, nak merajuk pun ada tekniknya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Lelaki Juga Kena Makan Asid Folik Lepas Berkahwin, Ini 5 Manfaatnya Perlu Anda Tahu!

Sumber: Facebook Fadzli Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×