Wahai suami di luar sana, jangan sesekali menggunakan kekerasan sekiranya isteri keras kepala dan tidak mendengar kata. Sebaliknya ikutilah nasihat di bawah untuk menundukkan wanita agar menghormati pasangan.
Setiap yang dilakukan oleh suami pasti akan sentiasa diingati oleh isteri. Jadi, berbincanglah dengan tenang supaya rumah tangga kekal bahagia.
Baca juga: Ciri-Ciri Suami Baik Menurut Pandangan Islam, Jangan Pernah Lupa Buat 6 Perkara Ini
ISTERI KERAS KEPALA? PARA SUAMI KENA IKUT NASIHAT INI
Bagi lelaki, tahukah anda bagaimana boleh menundukkan wanita yang keras kepala menjadi tunduk dan patuh kepada suami? Jawapannya adalah:
– Beliau adalah seorang lelaki yang menasihati isterinya tanpa meninggikan suara. Nada bicaranya rasional tanpa beremosi ketika berhadapan isterinya.
– Lelaki yang tidak pernah menggunakan kekuatan fizikalnya untuk mendidik wanita di bawah tanggungjawabnya sama ada isteri atau anak perempuan. Hal ini kerana dia faham bahawa tidak ada senjata yang paling berkesan dalam mendidik wanita kecuali dengan kelembutan.
– Perempuan, apabila dibentak oleh lelaki yang dicintainya, seumpama rumah kaca yang terus berkecai. Hancur berkeping-keping. Wanita, setiap kali dikasari ibarat kertas yang terbakar api. Hilang dan hancur tidak bersisa.
– Wahai para lelaki, jika isterimu melakukan kesalahan hingga menjadi sebab untuk memarahinya, maka janganlah kamu melakukan hal itu memarahi, membentak atau mengkasarinya.
– Sebaliknya peluklah isterimu, kucup keningnya dan lontarkan kata-kata yang lembut kepadanya. Hatinya segera lembut. Dia segera sedar akan kesilapannya dan kembali bertaut cinta kasihnya kepada suaminya. Begitulah betapa lembutnya perasaan wanita. Saat dibentak dan dikasari, dia hancur dan berkecai.
– Berinteraksilah dengan baik, bertutur kata dengan lembut, menunjukkan cinta kasih, bersikap lapang dengan kesilapannya, tidak terlalu fokus kepada kesalahannya, menjaga harta isterimu, memaafkan kesalahan isterimu, mengeluarkan nafkah atau biaya untuk keperluannya, tidak berdebat dengannya, memuliakannya kerana dia telah melahirkan zuriat untukmu, dan menyintainya penuh jiwa.
– Lelaki yang mampu menawan hati isterinya dengan kelembutan meskipun sering mengalah dan bersabar dengan sikap isterinya, itulah suami yang hebat dan mulia.
Hadis Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اسْتَوْصُوا بِالنساءِ خَيْرًا، فإنَّ المرأةَ خُلقتْ من ضِلَعٍ ، وإنَّ أَعْوَجَ شيءٍ في الضِّلعِ أَعْلَاه ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ ، وإن تركتَه لم يزلْ أَعْوَجَ ، فاستوصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا
Maksudnya: “Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita”.
Ingatlah jantung rumah tangga itu ada pada seorang isteri. Jika isterimu tidak bahagia, maka seisi rumah seumpama sebuah pusara. Sepi kerana tiada canda dan tawa riangnya. Jagalah isterimu kerana dia adalah tulang rusukmu yang akan setia mendampingimu.
Baca juga: Baca 8 Nasihat Ini Sebelum Kahwin, Dah Bercinta Lama Tak Semestinya Bahagia
Sumber: Facebook Faridah Mohd Ali