Tidak mudah menjadi seorang wanita, apatah lagi dalam masa yang sama kita turut bergelar anak, ibu, menantu dan isteri.
Banyak perkara yang perlu kita titik-beratkan, tanpa sedar suami mula berpaling tadah dan kemunculan orang ketiga mengeruhkan lagi keadaan.
Pada waktu seperti inilah kebanyakan daripada kita hilang arah. Perasaan kecewa, marah, sedih dan rasa dikhianati meluap-luap sehingga ada yang mengambil tindakan melulu.
Jika anda berada di situasi diatas, ini beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk menyelamatkan keluarga anda.
1. Refleks diri anda!
Pertama, refleks diri anda. Lihat apa yang perlu anda perbaiki dalam menguruskan rumah tangga.
Mungkin ada yang kurang dan anda terlepas pandang.
Dalam masa yang sama ambil masa dan tenangkan diri anda.
Pergilah bercuti atau buat apa sahaja perkara yang anda suka.
Jika sebelum ini anda sering mengutamakan diri orang lain, cuba dan belajarlah perlahan-lahan menghargai diri anda.
2. Suarakan apa yang anda rasa.
Suarakan apa yang anda rasa, apa yang anda tak puas hati atau apa sahaja yang anda nak sampaikan.
Ini adalah salah satu cara anda dapat meluahkan emosi terpendam.
Jika anda rasa ada yang tak kena, hubungan anda dan suami mula renggang, suarakan perasaan itu.
Ambil kesempatan ‘Deep talk’ dengan suami. Bicarakan apa yang terbuku di hati dan apa yang anda mahukan.
Sekurang-kurangnya anda dah cuba untuk berbincang dengan suami dan memperbaiki situasi tersebut.
3. Dapatkan sokongan tambahan!
Last but not least, anda boleh dapatkan sokongan dan dorongan tambahan di eHati.
eHati merupakan platform atas talian untuk membantu wanita kembali bahagia setelah mengalami pelbagai cabaran dalam rumah tangga seperti konflik kehadiran orang ketiga, isu mertua dan ipar duai, hubungan intim yang terganggu serta hubungan jarak jauh.
Ada pelbagai nasihat, tips rumah tangga bahagia, cara nak memperkasakan diri anda, keluarga dan anak-anak disana. Anda tinggal scroll sahaja.
Di eHati mereka dah jumpa pelbagai kes, dari isu mertua neraka, ipar-duai jahanam, isteri yang dicurangi, suami pura-pura kena penyakit Ain, kena gangguan jin dan macam-macam lagi la.
Bukan itu je, ada juga para isteri yang sampai jumpa bomoh nak tundukkan suami dan keluarga mertua. Dahsyatkan?
Tapi inilah yang berlaku bila isteri dianiaya, diambil kesempatan dan hak pula dinafikan.
Nasib baik ada eHati, sekurang-kurangnya wanita ada sokongan dari belakang untuk bantu mereka bahagiakan diri dan anak-anak dan dalam masa yang sama dapat jaga keharmonian rumah tangga.