Famili

7 Buah Mahal Dari Jepun, Sebiji Boleh Cecah RM15,000. Memang WOW!

2
SHARES
BUAH-BUAHAN MAHAL

Siapa sangka buah-buahan mahal dari Jepun boleh mencecah sehingga RM15,000? Buah tersebut sudah tentunya mempunyai keunikan yang tersendiri.

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa senarai buah-buah mahal dari Jepun dan anda pasti terkejut dengan harganya. Baca sampai habis ya!

Baca juga: Cara Cuci Paru Dengan BETUL, Masuk Bahan Ini Ketika Rebus. Baru Tak Hanyir!

BUAH-BUAHAN MAHAL DARI JEPUN, TAK SANGKA INI HARGANYA

BUAH-BUAHAN MAHAL

1. Strawberi Bijin-hime

Buah-buahan mahal di Jepun yang pertama adalah strawberi bijin-hime yang membawa maksud puteru cantik. Buah ini ditanam oleh Okuda Nichio di ladang Okuda di Gifu Prefecture, dan mengambil masa 15 tahun untuk masak sempurna.

Strawberi tersebut mempunyai rasa manis seperti madu dan besar. Harga seketul buah strawberi gergasi tersebut adalah sekitar  500,000 yen. Hampir RM15,000 di Malaysia. Memang WOW!

2. Anggur Ruby Roman

Buah-buahan mahal seterusnya adalah anggur ruby roman yang ditanam di Wilayah Ishikawa. Untuk dijual, anggur tersebut mestilah seberat 20 gram setiap satu dan mempunyai kandungan gula sebanyak 18 peratus.

Pada tahun 2017 di Kanazawa,  anggur ini pernah dijual pada harga $11,000, hampir RM5,000 di Malaysia.

3. Tembikai Densuke

Tembikai Densuke Hokkaido mempunyai rasa manis yang luar biasa dan hanya 100 biji ditanam setiap tahun. Ini menjadikannya tembikai paling mahal dengan harga RM180 sebiji kerana memiliki kulit berwarna gelap.

4. Buah-buahan mahal – Melon Raja Yubari

Melon Raja Yubari berasal dari Yubari di Wilayah Hokkaido, Jepun Utara. Untuk lebih spesifik, petani menanam melon Yubari King ini di rumah hijau.

Buah dan kulit melon mestilah masak sempurna serta mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buah ini dijual dengan harga RM950 sebiji. Fuh!

4. Mangga Taiyo no Tamago

BUAH-BUAHAN MAHAL

Nama mangga ini bermaksud “telur matahari”.  Setiap mangga ini mesti mempunyai berat 350 gram, kandungan gula 15 peratus atau lebih, dan sekurang-kurangnya separuh daripada warnanya adalah merah tua.

Harga mangga bermula pada RM230, tetapi kebanyakannya dijual sekitar RM470. Mesti sedap kan?

5. Tembikai Zentsuji

Tembikai ini berasal dari Zentsuji, di Wilayah Kagawa. Apa yang membuatkan buah ini begitu unik adalah berbentuk petak. Difahamkan petani akan menanamnya dalam acuan petak dan hanya menghasilkan 200 biji setahun.

Tembikai petak ini dijual pada harga sekitar RM440.

6. Epal Sekai Ichi

Sekai Ichi bermaksud “yang terbaik di dunia”. Buat anda yang tidak tahu, petani akan membasuh epal dalam madu sebelum dijual. Harga sebiji epal adalah sekitar RM100.

7. Buah-buahan mahal – Strawberi Putih

Strawberi putih atau dikenali sebagai permata putih dijual pada harga RM50 seketul. Walaupun hanya berwarna putih tetapi buah strawberi ini sangat sedap dan manis.

*Teringin juga nak rasa senarai buah-buahan mahal di atas. Bila agaknya dapat beli?

Baca juga: Jangan Biarkan Telur Mata Lebih 4 Jam Lepas Masak, Elak Jadi ‘Tempat’ Bakteria!

Sumber: Tokyo Treat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×