DIY & Kraf

Petik Buah Cili Kena Guna Teknik Betul, Kalau Salah Cepat Mati & Busuk!

25
SHARES
PETIK CILI

Petik cili juga memerlukan teknik yang betul kerana jika salah cara ia boleh menyebabkan pokok buah cili cepat mati dan tidak subur.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh pengusaha buah cili di laman Facebooknya. Jelasnya, ada beberapa perkara penting perlu diketahui agar pokok tahan lebih lama. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Jangan Buang Sayur Yang Layu, Boleh Kembali SEGAR Bila Guna Teknik Ini. Cubalah!

PETIK CILI ADA TEKNIKNYA, BARU KEKAL SUBUR

PETIK CILI

Kaedah dan cara yang betul ketika memetik buah cili:

– Jangan memetik buah cili menggunakan gunting kerana bila batangnya dipotong separuh, ini akan menyebabkan sukar untuk berbunga semula dan mengambil masa yang agak lama.

– Jadi, cara yang tepat adalah dengan menggunakan tangan tetapi anda perlu memetik tangkainya sekali.

– Pastikan pegang di bahagian hujung tangkai dan petik ke bawah agar mudah tertanggal.

– Selain itu, dinasihatkan agar tidak memetik ketika waktu hujan atau di awal pagi. Hal ini kerana lada yang basah akan cepat busuk dan tidak tahan lama.

– Petik buah cili ketika sudah kering supaya lebih tahan lama dan tidak cepat busuk.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.

Baca juga: Petani Thailand Kongsi Rahsia Pokok Berbuah Lebat, Rupanya Kena Guna Bahan Ini!

Sumber: Facebook Wak Leh JB

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×