Dapur

Cara Betul Rebus Telur Burung Puyuh, Kalau Terlajak Waktu Jadi Tak Sedap!

16
SHARES
TELUR BURUNG PUYUH

Pemilihan telur burung puyuh sangat penting supaya ia tidak menjejaskan rasa apabila dimasak. Selain itu, teknik merebus juga perlu diketahui supaya telur kuning tidak bertukar menjadi hijau jika terlalu lama.

Jadi, bagi mengekalkan kesedapan telur burung puyuh, anda perlu merebusnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Resepi Spaghetti Carbonara Simple, Guna 2 Sos Ini Confirm Sedap & Menjadi!

INI CARA REBUS TELUR BURUNG PUYUH DENGAN BETUL

TELUR BURUNG PUYUH

Masa diperlukan untuk rebus telur burung puyuh ada selama lebih kurang 4 hingga 12 minit bergantung pada cita rasa. Jika anda mahu benar-benar masak, rebus telur selama 12 minit tetapi jika mahu mereka separuh masak maka kurangkan masa.

Semakin lama anda merebus telur puyuh, semakin masak kuning telurnya. Berikut adalah butirannya:

5 minit: putih telur dan kuning masih sangat cair.
6 minit: kuning telur masih agak cair.
7 minit: telur hampir masak tetapi masih melekat sedikit.
8 minit: telur agak masak.
10 – 12 minit: telur telah masak sepenuhnya.

Dari waktu yang dikongsi di atas, kini anda tahu berapa minit diperlukan untuk merebus telur puyuh dari separuh masak hingga masak sepenuhnya.

Selain tempoh masa untuk merebus telur puyuh, anda juga perlu ketahui cara merebusnya dengan betul.

1. Masukkan telur dalam kuali dan air sejuk

Langkah pertama adalah masukkan telur ke dalam kuali dahulu, kemudian masukkan air. Jangan masukkan air dahulu, kerana risiko telur akan pecah apabila jatuh ke dasar kuali.

2. Didihkan air

Seterusnya didih air sehingga masak kerana telur yang terdedah kepada api dalam tempoh yang lama berpotensi mengalami tindak balas kimia. Kuning telur juga boleh bertukar menjadi hijau.

Oleh itu, kebanyakan orang akan menggunakan istilah telur masak berbanding telur rebus, kerana telur tidak boleh direndam dalam air yang sangat mendidih.

3. Keringkan telur selepas masak

Setelah beberapa minit dan telur masak mengikut cita rasa anda, segera angkat dan pecahkan sedikit kulit telur. Kemudian, kipas letakkan telur dalam bekas berisi ais batu untuk beberapa minit.

Setelah itu, keluarkan telur dan kupas kulit seperti biasa. Proses ini bertujuan untuk mengelakkan kuning telur bertukar menjadi hijau.

Mudah sahaja kan? Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ibu Kongsi Idea Menu Jamuan Raya Untuk Anak, Bawa Cucur Octopus Comel Ini!

Sumber: PPG

Kredit imej: HaloDoc

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×