Setiap kali sambutan hari kelahiran, pasti ibu terfikir-fikir mengenai idea goodies hari jadi untuk diberikan kepada rakan-rakan anak atau tetamu yang hadir.
Artikel kali ini penulis kongsikan idea goodies hari jadi versi sihat dan lupakan segala jenis jajan yang tidak memberi manfaat kepada kesihatan diri.
Baca juga: Keputusan Peperiksaan Anak Lebih Cemerlang Bila Ibu Ayah Buat Amalan Ini, Jangan Sia-Siakan…
IDEA GOODIES HARI JADI ANAK VERSI SIHAT, LUPAKAN JAJAN
1. Buah-buahan segar
Idea goodies hari jadi anak versi sihat yang pertama adalah ibu boleh sediakan buah-buahan segar. Namun pastikan disajikan dengan cara lebih kreatif seperti diletakkan di dalam bekas comel.
Kreativiti yang digunakan mampu menarik minat kanak-kanak untuk menikmati buah-buahan segar berbanding jajan yang tidak sihat.
2. Idea goodies hari jadi – popcorn tanpa gula
Idea goodies beg hari jadi anak yang seterusnya adalah popcorn tanpa gula. Bertih jagung tanpa menggunakan pemanis ini lebih sihat berbanding dijual di luar.
Jika ibu mahu popcorn lebih manis, tambahkan sedikit madu asli. Barulah sihat dan sedap kan?
3. Telur rebus
Selanjutnya, sama seperti ketika hari perkahwinan, telur rebus juga boleh dijadikan idea goodies hari jadi anak. Namun, ibu-ibu perlu sedikit kreatif agar telur rebus tersebut boleh menarik minat si kecil.
Caranya adalah boleh menggunakan pen marker untuk melukis muka comel di bahagian luar kulit telur.
4. Idea goodies hari jadi – jus buah-buahan segar
Jus buah-buahan segar sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja. Pastinya lebih sihat jika dibuat sendiri kerana anda tidak perlu menambahkan gula di dalamnya.
Setelah siap, letakkan di dalam bekas comel dan pilih saiz yang bersesuaian mengikut umur anak agar tidak berlaku pembaziran. Mudah kan?
5. Air kotak/air mineral
Idea goodies beg hari jadi yang lain adalah ibu boleh letakkan air kotak tanpa pewarna atau perisa tambahan. Selain itu, boleh juga tambahkan air mineral.
6. Kek buah tanpa gula
Goodies beg tanpa kek sungguh tidak bermakna jadi, ibu boleh letakkan kek buah tanpa gula sebagai pengganti kek yang penuh dengan coklat atau gula.
7. Pulut
Idea goodies bag yang lain adalah pulut dan ditambahi dengan hiasan agar menarik minat si kecil. Hiasan di atas pulut boleh letakkan buah-buah segar yang dipotong kecil.
8. Dadih susu tanpa perasa tambahan
Dadih susu tanpa perasa tambahan boleh dijadikan idea goodies hari jadi. Lebih sedap sekiranya ibu letakkan sedikit madu untuk rasa manis.
9. Jelly buah-buahan
Idea goodies hari jadi yang terakhir adalah jelly buah-buahan yang tidak dicampur dengan pelbagai perasa.
Baca juga: Bila Masuk Darjah 1 Anak Mesti Rapat Dengah Ayah, Rupanya Memang Ada Fasa Tertentu