Setiap kali anak menduduki peperiksaan di sekolah, pasti setiap ibu ayah menaruh harapan agar mereka membuat yang terbaik selain peroleh keputusan cemerlang. Usaha tersebut bukan hanya terletak kepada si anak kerana ibu ayah juga boleh melakukan beberapa amalan ketika anak peperiksaan seperti perkongsian di bawah ini.
Selain itu, sokongan dari segi mental dan fizikal anak juga antara faktor utama dalam memastikan mereka mampu menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.
Baca juga: Bila Masuk Darjah 1 Anak Mesti Rapat Dengah Ayah, Rupanya Memang Ada Fasa Tertentu
AMALAN KETIKA ANAK PEPERIKSAAN YANG IBU AYAH BOLEH AMALKAN
Amalan terbaik ibu ayah ketika anak sedang menduduki peperiksaan adalah seperti di bawah ini:
1. Berdoa
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla
Maksud: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikn tanah (yang sulit dan keras), (iaitu kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan.”
Semasa bacakan doa ini, dalam hati niatkan supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk memberikan jawapan yang terbaik.
2. Amalan ketika anak peperiksaan – sedekah ikut jumlah hari peperiksaan
Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dinasihatkan untuk memberi derma. Jika Jumlah hari peperiksaan anak adalah 7 hari, infaq yang dilakukan juga 7 kali.
Bersedekahlah mengikut kemampuan anda dan jangan sampai rasa tindakan itu membebankan sehingga hilang keikhlasan. Jangan lupakan niatkan sedekah ini atas nama anak, dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.
3. Baca al-Quran
Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari Allah, kerana Allah itu maha berkuasa untuk tunaikan permintaan kita. Sesungguhnya, tidak ada yang mustahil bagi-Nya.
4. Amalan ketika anak peperiksaan – belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim
Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran. Boleh juga belikan air minuman, kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.
Amalan terbaik juga adalah tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka, santuni mereka dengan perkara yang mereka suka. Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.
5. Puasa dan solat Hajat
Doa orang yang berpuasa sangat mustajab lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan ayah. Amalan ini sangat popular dan kesannya memang sangat hebat.
Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan, urusan lain juga Allah permudahkan. Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu ayah sedang meredhai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.
Baca juga: 23 Cadangan Soalan KENA Tanya Kepada Pengasuh Anak Sebelum Bersetuju, Barulah Hati Lebih Lega
Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff