Famili

ELAK Buat Aktiviti Macam Ini Ketika Cuaca Buruk Atau Hujan Lebat, Keselamatan Diri No.1

1
SHARES
cuaca buruk

Baru-baru ini media Malaysia melaporkan berita kematian yang berlaku di tempat rekreasi di Perak. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku disebabkan aktiviti ketika cuaca buruk yang tidak bersesuaian sehingga meragut nyawa.

Biasanya, amaran cuaca buruk akan dikeluarkan di laman rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia agar orang awam sentiasa berjaga-jaga dan tidak melakukan aktiviti yang mendatangkan bahaya.

Baca juga: Susah Hamil Sebab Rahim Terbalik, Cuba Posisi Seks Macam Doktor Suruh Ini, Ada Kata Cepat Lekat Baby!

AKTIVITI KETIKA CUACA BURUK/MUSIM HUJAN YANG KENA ELAK

CUACA BURUK

Kredit: Harian Metro

Jika tanda-tanda ini muncul, lebih baik jika anda menunda atau membatalkan aktiviti untuk mengelakkan risiko keselamatan.

Laporan Cuaca: Amaran cuaca buruk dari pihak berkuasa meteorologi seperti ribut petir, hujan lebat, atau angin kencang.

Perubahan Langit: Awan gelap pekat, kilat, atau pelangi ganda yang sering menjadi tanda hujan lebat akan tiba.

Perubahan Suhu Mendadak: Suhu turun secara tiba-tiba menandakan cuaca buruk sedang mendekat.

Angin Kuat: Angin bertiup tidak sekata dan semakin kencang, menunjukkan ribut akan melanda.

Tanda Fizikal di Lokasi: Perubahan pada permukaan air seperti arus deras atau ombak besar.

Jadi, aktiviti yang perlu ditangguh semasa cuaca buruk adalah seperti berikut:

  • Pendakian gunung
  • Sukan air (Water rafting & kayak
  • Perkhemahan di luar
  • Memancing
  • Jet ski
  • Larian
  • Berbasikal jarak jauh

Anda juga dinasihatkan agar sediakan peralatan keselamatan seperti tali, pelampung, jaket keselamatan serta kit pertolongan cemas. Alat-alat ini boleh jadi penyelamat nyawa jika berlaku sesuatu yang tak diingini. Bersedia hubungi 999 jika berlaku kecemasan.

Semoga bermanfaat dan jaga keselamatan diri.

Baca juga: Jangan Tertipu! Guna Meja Berdiri Di Pejabat BAHAYA, Risiko Strok & Jantung Boleh Meningkat

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×