Famili

“Ini Adalah Sebaik-Baik Penulisan” – Replika Gergasi Ayat Al-Quran Guna Tulisan Tangan Dipuji Warganet

35
SHARES
REPLIKA AL QURAN

Menerusi perkongsian seorang lelaki bernama Zulfiklee Abdulrasyid di laman Facebook, dia ada membuat satu hantaran di mana memaparkan hasil kerjanya dalam membuat replika al Quran gergasi.

Lebih menarik lagi, replika al-Quran itu ditulis sendiri mengguna tangan sebarang bantuan alatan moden yang lain. Hasilnya itu sudah pastinya menarik perhatian orang ramai.

Baca juga: Cara Kemaskini STR Fasa 1 Tahun 2025, Kena Buat Sebelum 30 November ini!

REPLIKA AL QURAN GERGASI GUNA TULISAN TANGAN TARIK PERHATIAN

REPLIKA AL QURAN

Replika gergasi al-Quran itu memaparkan ayat dari surah al-Baqarah (164-176) yang terletak di hadapan Masjid Buluh Gua Musang, Kelantan.

Menerusi posting itu, dapat dilihat hasil kerja yang kemas selain tulisan tangannya sungguh halus dan cantik serta mudah untuk dibaca.

Selain itu, dia turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa Masjid Buluh tersebut kerana sudi memberi peluang untuk dia berkarya di sana.

“Alhamdulilah. Selesai sudah tulisan ayat al- Quran di Masjid buluh ,Gua musang ,Kelantan, Malaysia. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Pok Nik dan sekeluarga serta semua ahli jawatankuasa Masjid Buluh  di atas layanan dan sambutan yang sempurna serta sudi menjemput dan memberi kepercayaan kepada saya untuk berkarya di sana.

“Saya memohon ampun dan maaf seandainya melakukan kesalahan, kesilapan dan kekurangan . Semoga Allah membalaskan kebaikan dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya di laman Facebook.

Perkongsian tersebut sudah pastinya menarik perhatian warganet yang turut teruja melihat kehebatan seorang insan bernama Zulfiklee Abdulrasyid.

Jelas pengguna media sosial, bakat tersebut tidak dimiliki oleh semua orang dan dia adalah insan istimewa yang dipilih oleh Allah SWT.

“Berseninya tangan. Inilah sebaik-baik penulisan. Setiap kali orang baca ayat-ayat yang ditulis, penulis turut sama dapat pahala terus mengalir masuk ke dalam saham akhiratnya.

“Semoga Allah SWT tambahkan keberkatan usia kepada kita semua supaya sama-sama dapat kumpul pahala untuk bekalan akhirat,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Cara Mohon Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024/2025, Pastikan Ikut Syarat Ini

Sumber: Facebook Zulfiklee Abdulrasyid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×