Lembaga Peperiksaan (LP) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kini membuka tawaran permohonan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2024/2025 kepada orang awam yang berminat.
Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan dan elaun akan dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam.
Baca juga: [TERKINI] Jadual Rasmi Peperiksaan SPM 2024 Untuk Rujukan Calon Pelajar & Ibu Bapa
PERMOHONAN PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2024/2025
Syarat-syarat kelayakan sekiranya anda ingin memohon adalah seperti di bawah:
– Warganegara Malaysia.
– Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
– Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
– Pemohon adalah pesara/pelajar kolej atau universiti yang sedang dalam tempoh cuti semester sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti.
– Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah.
– Mempunyai pengangkutan sendiri.
Kategori pemohon adalah seperti berikut:
Kategori 1 – Pesara kerajaan di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Kategori 2 – Pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi atau matrikulasi.
Kategori 3 – Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri/sekolah swasta/Maktab Rendah Sains Mara.
Kategori 4 – Anggota kumpulan pelaksana/pekerja kontrak kerajaan.
Kategori 5 – Kakitangan bukan kerajaan/pesara kerajaan dan swasta.
Cara memohon
– Pemohonan pengawas peperiksaan SPM tahun 2024/2025 boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi atau muat turun aplikasi e-Lembaga Peperiksaan di telefon bimbit.
– Kemudian, daftar sebagai pengguna terlebih dahulu.
– Setelah itu, pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama dan baca syarat pemohonan yang ditetapkan.
– Isi semua maklumat diri dengan lengkap dan jawab semua soalan yang diberikan.
– Setelah selesai, klik ‘Hantar’.
Permohonan pengawas peperiksaan hanya boleh dilakukan sekali sahaja Permohonan yang berjaya akan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: [TERKINI] Jadual Penuh Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 Untuk Rujukan
Sumber: eCentral
Kredit imej: Sinar Bestari