Famili

Permohanan Untuk Bayaran Fasa 1 STR 2025 Dibuka Sehingga 30 November Ini

2
SHARES
permohonan str 2025

Permohonan STR 2025 untuk fasa 1 sudah dibuka dan anda boleh memohonnya sehingga 30 November ini. Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar berkelayakan untuk meneruskan kehidupan.

Baca juga: Kaedah Pendekkan Bayaran Loan Rumah Jenis Semi Atau Flexi, Ternyata Lebih Jimat!

PERMOHONAN STR 2025 FASA 1 SUDAH DIBUKA

PERMOHONAN STR 2025

Kredit imej: Malaysia Bangkit

– Permohonan bagi kelayakan bayaran Fasa 1 STR 2025 adalah sehingga 30 November 2024 sahaja.

– Bagi permohonan baharu, ia akan dibuka sepanjang tahun.

– Kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan STR 2025:

  • Pemohonan baharu
  • Kemas kini permohonan
  • Permohonan rayuan / rayuan tambahan
  • Perubahan maklumat asas permohonan

– Kepada yang belum kemas kini 3 tahun berturut-turut, anda perlu kemas kini permohonan STR 2025.

Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:

– Perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat.

– Perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BKM 2022, STR 2023 dan 2024 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan.

– Tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

– Tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Kategori dan jumlah bantuan tahun 2025

PERMOHONAN STR 2025

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:

– Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status

– Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

– Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

– Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jenis Lampu Kereta Yang Tarik Perhatian JPJ, Kalau Tengok Mesti Kena Saman!

Sumber: Bantuan Hasil

Kredit imej: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×