Sebuah perkongsian yang meruntun jiwa di laman Facebook milik Baitus Solehah telah menarik perhatian ramai apabila si ibu mengetahui anak mengandung luar nikah.
Lebih menyedihkan, tindakannya itu berlaku apabila ibu ayahnya sedang nyenyak tidur di rumah dan si anak perempuan keluar secara senyap-senyap.
Baca juga: Fatin Afeefa Hantar Anak Sulung Masuk Tahfiz, Tak Dapat Tahan Sebak Dengar Bacaan Lafaz Janji
ANAK MENGANDUNG LUAR NIKAH, KELUAR RUMAH SENYAP-SENYAP
Lebih mengejutkan apabila si ibu menyangka perangai anaknya itu baik dan tidak melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.
“Anak saya baik puan. Tak keluar kemana mana.”
“Habis itu macam mana boleh mengandung?”
“Itulah, saya tak sangka.”
“Macam mana puan tahu dia mengandung, awal lagi baru 10 minggu, belum nampak sebarang perubahan tubuh badan.”
Kehamilan usia 10 minggu itu masih tidak dapat lihat perubahan tubuh badan namun si ibu mula mengesyakinya apabila anak perempuanya itu tidak datang haid pada bulan Julai. Dia bertindak membawa anaknya ke klinik swasta untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati positif hamil.
“Saya jenis peka dengan kedatangan haid anak. Bila haid tak datang bulan Julai, last datang akhir Jun, terus saya tanya ada buat sesuatu tang terlarang. Dia kata tak ada. Saya terus bawa ke klinik swasta. Mereka buat upt. Nampak double line. Terus doktor buat report polis. Polis soal siasat baru mengaku.”
Apabila di tanya kepada anak perempuannya itu, dia memberitahu bahawa perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika ibu ayah sedang tidur.
Lelaki tersebut baharu sahaja berusia 15 tahun dan mereka melakukannya pada jam 2.00 pagi di belakang rumah.
“Awak buat dengan siapa dan di mana?”
“Anak jiran sebelah, umur 15 tahun, buat di belakang rumah, pukul 2.00 pagi.”
Geram saya dengar atas keberanian keluar tengah malam waktu ibu ayah sedang tidur. Patutlah si ibu kata anaknya baik, tak pernah keluar rumah waktu siang kecuali pergi sekolah. Rupanya keluar waktu malam ketika mereka sedang tidur.
Wahai ibu ayah, awasi anak anda tidak kira siang atau malam untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Baca juga: Terlalu Banyak Hiburan Melalaikan, Ibu Ayah KENA Lindung Anak Dengan Perisai Agama…
Sumber: Facebook Baitus Solehah
Kredit imej: Mantra Care