Seramai lebih 20 orang dilaporkan maut selepas bas sekolah terbakar. Kejadian ini berlaku di Bangkok ketika mereka dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas lawatan sekolah di utara Thailand.
Laporan awal menyatakan terdapat 44 orang di dalam bas, termasuk 38 pelajar dan enam guru. Sehingga kini, tiga guru dan 16 pelajar sudah berjaya keluar.
Baca juga: Lelaki Ini Dedah Terima Layanan Teruk Di Hospital Shah Alam? Dibiarkan Dengan Najis Selama 2 Jam!
BAS SEKOLAH TERBAKAR, LEBIH 20 ORANG TERKORBAN
Menurut Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan terdapat kematian berlaku dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Menerusi laporan media, Menteri Pengangkutan, Suriya Jungrungreangkit menyatakan bahawa jumlah kematian masih tidak jelas tetapi 25 orang masih hilang selepas kebakaran terbabit.
Rakaman yang tular di media sosial memaparkan pemandu tersebut memadamkan api tetapi tidak berjaya dan dia terus membuat laporan di balai polis berhampiran.
Saksi berkata tayar bas berkenaan meletup di sebuah lebuh raya di pinggir utara Bangkok, menyebabkan kenderaan itu melanggar penghadang jalan.
Difahamkan juga bahawa bas berkenaan menggunakan gas jenis mampat dan kemalangan tersebut menyebabkan pembakaran tangki bahan bakar.
Rakaman video menunjukkan bas tersebut hangus dijilat api ketika berada di bawah jejambat. Kepulan asap hitam juga memenuhi awan pada ketika itu. Umur kanak-kanak yang terbabit kemalangan itu masih tidak diketahui.
Proses mengenal pasti mayat juga agak sukar untuk dilakukan kerana keadaan mereka yang melecur. Tambahnya juga, beberapa mayat yang ditemui sangat kecil di bahagian belakang bas.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, berkata siasatan sedang dijalankan.
“Kami perlu menyiasat cara pemanduan daripada kesan tayar, kesan terbakar, dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.
Sumber: BBC