Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok bernama @firmanahmadofficial, dia meluahkan rasa kecewa terhadap layanan Hospital Shah Alam yang didakwa begitu teruk. Jelas lelaki itu, dia menerima layanan yang teruk di hospital tersebut ketika mendapatkan rawatan kerana cirit-birit yang teruk.
Baca juga: [TERKINI] Jadual Rasmi Peperiksaan SPM 2024 Untuk Rujukan Calon Pelajar & Ibu Bapa
LAYANAN HOSPITAL SHAH ALAM DI WAD 9B TERUK?
Kejadian ini berlaku pada 28 September apabila dia dimasukkan ke dalam wad 9B untuk mendapatkan rawatan. Katanya, ketika perkara ini berlaku, tiada kakitangan yang datang membantunya.
“Saya mendapat layanan yang sangat buruk di Hospital Shah Alam Wad 9B katil nombor 32. Saya sakit perut dan cirit-birit yang sangat teruk.
“Sekitar jam 7 petang, saya mengalami cirit-birit yang sangat teruk sampai saya tak boleh bangun daripada katil. Saya cirit-birit dan terkencing di atas katil sendiri. Saya panggil nurse dan doktor, semua tak layan,” luahnya.
Menerusi video berdurasi kurang 3 minit itu, dia memberitahu bahawa dirinya tidak dilayan oleh kakitangan pihak Hospital Shah Alam selama 2 jam.
“Selama 2 jam, saya dibiarkan dalam kesakitan dan najis saya ada di katil. Saya dah buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Setelah beberapa jam menahan sakit, dia akhirnya mengambil keputusan untuk bangun dan merangkak sendiri ke tandas untuk membersihkan dan beredar dari hopsital tersebut.
Tindakannya itu sudah pastinya menjadi perbalahan antara kakitangan di hospital kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan telus.
Video perkongsian Firman sudah tentunya mendapat ribuan komen dan menerima 1 juta tontonan di laman TikTok. Rata-rata pengguna media sosial meluahkan perkara sama kerana tidak berpuas hati dengan layanan Hospital Shah Alam.
“Jujur saya cakap, memang betul mereka punya layanan sangat teruk. Saya dah trauma nak hantar anak ke sini kalau demam,” komen salah seorang pengguna TikTok.
*Haih, macam-macam ya? Harap boleh selesaikan dengan elok.
Sumber: TikTok Firman Ahmad Official