Akibat sering tunjuk rumah di media sosial, kediaman pasangan suami isteri ini dirompak. Kejadian yang berlaku pada 18 September lalu, si suami ditemui meninggal dunia di dalam kereta dengan kepala dan lehernya dijerut.
Media turut melaporkan bahawa isteri, anak dan ibu mentua lelaki tersebut mengalami kecederaan akibat diserang oleh perompak tersebut.
Baca juga: Rakan Bog*lkan Jenazah Waktu Mandi, Bila Ditegur Jawab “Lebih Senang Tak Pakai Kain”
SELALU TUNJUK RUMAH DI MEDIA SOSIAL PUNCA KEDIAMAN DIROMPAK
Susulan daripada kejadian ini, pihak polis telah menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam melakukan jenayah terbabit. Kes menyayat hati ini sudah pastinya menjadi tumpuan penduduk setempat.
Pihak polis menjelaskan bahawa isteri pemilik rumah berkenaan sering berkongsi ‘content’ mengenai pembinaan rumah mewah mereka hingga siap, termasuk menunjukkan ruang dalaman.
Kandungan di media sosial itu dimuat naik berdasarkan pertanyaan daripada pengikut akaun media sosial. Banyak daripada kandungan video tentang isi rumahnya itu juga menjadi tular kerana mendapat perhatian umum sejak Jun lalu.
Bahagian ruangan rumah yang sering ditunjukkan di dalam media sosial adalah ruang tamu, dapur dan bilik tidur.
Menurut laporan Tribun News, keempat-empat jenayah tersebut berjaya di tahan hasil kerjasama antara barisan Unit Siasatan Jenayah Polis Bogor dan Unit Siasatan Jenayah Polis Wilayah Jawa Barat.
Kesemua suspek berada di Ibu Pejabat Polis Bogor untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Motif di sebalik rompakan keji ini adalah disebabkan masalah ekonomi. Malah, salah seorang pelaku merupakan kenalan suaminya.
Baca juga: Ibu Ayah, Didik Anak Macam Ini Rupanya KESILAPAN Besar! Tolong Jangan Buat Dah…
Sumber: Tribun News