Famili

Rakan Bog*lkan Jenazah Waktu Mandi, Bila Ditegur Jawab “Lebih Senang Tak Pakai Kain”

26
SHARES
cara mandi jenazah

Menerusi perkongsian seorang pengurus jenazah di Facebook yang dikenali sebagai Paknjang, dia meluahkan rasa kecewa apabila cara mandi jenazah dilakukan dengan salah oleh salah seorang kawan si mati.

Jelasnya, ketika tiba di rumah dia mula membuat persiapan kain kafan sebelum memandikan jenazah. Namun, lain pula jadi apabila salah seorang rakan jenazah sudah mula memandikan arwah jenazah tersebut.

Baca juga: Isteri, Amalkan Zikir Ini Sebelum Tidur Setiap Hari, Penat Lelah Kerja Rumah Langsung Tak Rasa

CARA MANDI JENAZAH TAK BETUL, KAWAN PANDAI-PANDAI NAK URUS

CARA MANDI JENAZAH

“Mula tugasan dengan penyediaan kain, dipotong, dibentang, disiapkan sebelum ke tugasan mandi. Sambil itu, saya minta beberapa waris letakkan takung mandi di dapur sahaja. Elok sahaja dah siap sediakan kain, saya terus ke ruangan mandi, tengok-tengok jenazah dah mula dimandikan,” katanya.

Apabila ditanya kepada waris, mereka menjelaskan bahawa kawan jenazah akan menguruskannya. Jadi, Paknjang mengambil keputusan untuk duduk di baris belakang dan menjadi ‘penonton’ sahaja memenuhi ruangan mandi.

Namun, lain pula yang jadi apabila rakan tersebut mula membuka kain jenazah dan membiarkan bogel. Rakannya kemudian menggosok kemaluan jenazah seperti patung.

“Tiba-tiba kain mandi tutup jenazah ditarik, maka jenazah pun bogel telanjang bulat. Kemudian, kemaluan jenazah digosok-gosok, dikorek seperti patung dengan penuh tenaga sehingga bergoyang-goyang,” luahnya.

Apabila melihat tindakan tersebut, Paknjang mula menegur dan memberitahu bahawa aurat arwah tersebut tidak boleh dilihat. Jawapan yang diberikan oleh rakan arwah sungguh terkejut kerana dia menyatakan tidak perlu menutup menggunakan kain.

“Tukang mandi tadi balas jawapan tak perlu kain, senang nak mandi. Dia macam marah bila tegur kerja dia. Hati saya dah panas tengok, jenazah depan mata. Kalau dimarah, takut biadab pula,” tulisnya.

Jawapan rakan arwah seolah-olah dalam keadaan marah kerana beranggapan pengurus jenazah tersebut mengacau kerjanya. Tidak lama kemudian, Paknjang memberitahu waris bahawa dia tidak dapat menyaksikan tindakan tidak masuk akal dan perlu beredar dari tempat tersebut.

“Panggil waris, terus cakap mintak maaf tak boleh teruskan kerana buat pertunjukan bogel pula ramai-ramai baga lelaki dan perempuan tengok.

“Saya tegur benda betul, bukan memandai-mandai. Kalau awak mandi pun, mesti taknak orang tengok. Ini masalahnya bila tak belajar cara mandi jenazah betul-betul. Bila orang cakap, taknak dengar dan memandai-mandai,” ujarnya.

Baca juga: Ibu-Ibu, Bila Masak Pastikan Cuci Ayam, Ikan & Daging Macam Ini. Elak Jadi Mutanajjis

Sumber: Facebook Paknjang & Maknjang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×